Annuar Musa memberitahu, Putrajaya berjaya mencapai imuniti kelompok apabila kadar vaksinasi COVID-19 penduduk mencecah 80 peratus. - Foto BERNAMA |
Tahniah, seluruh Wilayah Persekutuan kini capai imuniti kelompok - Annuar
Astro Awani
18/8/2021
PUTRAJAYA: Putrajaya berjaya mencapai imuniti kelompok hari ini apabila kadar vaksinasi COVID-19 penduduk wilayah itu telah mencecah 80 peratus, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
"Hari ini Putrajaya berjaya capai 80 peratus suntikan. Kini seluruh Wilayah Persekutuan berjaya capai herd immunity...tahniah semua," katanya dalam hantaran di akaun Twitternya di sini, pada Rabu
Hantaran beliau turut memaparkan statistik pemberian vaksin di Wilayah Persekutuan yang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menurut Annuar, setakat ini hampir 122,000 daripada penduduk Putrajaya sudah menerima dos pertama sementara lebih 87,000 penduduk pula sudah melengkapkan dua dos vaksin.
"Di Kuala Lumpur pula hampir 2.6 juta penduduk sudah menerima dos pertama dengan 1.7 juta daripadanya sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19," katanya.
Sementara itu di Labuan pula katanya, hampir 70,000 penduduk sudah menerima dos pertama dan lebih 64,000 penduduk sudah melengkapkan dua dos.
Sumber:
Hari ini Putrajaya berjaya capai 80% suntikan.Kini seluruh WP berjaya capai HERD IMMUNITY..TAHNIAH SEMUA
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) August 18, 2021
Kuala Lumpur
Dos 1 : 2,594,386 (146%)
Dos 2 : 1,680,548 (95%)
Putrajaya
Dos 1 : 121,912 (111%)
Dos 2 : 87, 757 (80%)
Labuan
Dos 1 : 69,426 (101%)
Dos 2 : 64,787 (94%) pic.twitter.com/wyXawwbrsn