Translate

11 August 2021

Isu Video Tular Pelanggaran SOP di Grand Season- semuanya berpunca dari salah faham kononnya Rumah Prihatin ada walk-in, polis ambil tindakan.







The congestion Grand Season was brought under control - Police


Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons

Astro Awani
Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons
Noor Dellhan berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke pusat tersebut bagi mengawal keadaan. - Foto Wilayahku
KUALA LUMPUR: Keadaan di sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Seasons yang sesak dengan warga asing pagi tadi kembali terkawal.
Ia selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah ke lokasi itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke pusat tersebut bagi mengawal keadaan.
"Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagai SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai," memetik kenyataan itu.
Terdahulu, tular di media sosial video yang menunjukkan ratusan warga asing berpusu-pusu mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’.
Mereka didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal.
Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED