Translate

27 August 2021

'Dine in' Lebih Masa, 17 Individu Termasuk Pemilik Premis Makanan Dikompaun

Seramai 16 individu dikompaun masing-masing RM2,000 selepas didapati 'dine in' melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Gambar Hiasan

'Dine in' lebih masa, 17 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun

Astro Awani
27/8/2021

BUKIT MERTAJAM: Seramai 16 individu dikompaun masing-masing RM2,000 selepas didapati 'dine in' melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Pemilik premis makanan tersebut juga turut menerima nasib serupa apabila dikompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kesemua mereka dikompaun semasa polis melakukan pemeriksaan di premis itu kira kira jam 11.30 malam Rabu.

"Mereka yang dikompaun ialah 16 pengunjung lelaki manakala seorang wanita iaitu pengusaha premis ditahan kerana melanggar SOP apabila makan di kedai yang beroperasi melebihi masa ditetapkan.

"Mereka melakukan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Berikutan itu, Shafee menasihati orang ramai supaya terus mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED