Translate

09 July 2021

CMSB lantik Sulaiman Abdul Rahman sebagai Pengarah Urusan

 Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib

CMSB lantik Sulaiman Abdul Rahman sebagai Pengarah Urusan

BERNAMA

KUCHING, 8 Julai -- Cahya Mata Sarawak Bhd melantik Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai Pengarah Urusannya (MD), berkuat kuasa hari ini.

Syarikat turut mengumumkan pelantikan Datuk Isaac Lugun sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Kumpulan juga berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Kumpulan CMSB Tan Sri Abdul Rashid Manaf berkata pengetahuan Sulaiman mengenai CMSB dan pengalamannya yang luas dalam perniagaan amat bernilai bagi kumpulan berikutan ia menggabungkan, memperkemas dan bergerak ke arah landasan pertumbuhan baharu, pasca pandemik.

“Pelantikan (Sulaiman) adalah disebabkan persaraan awal MD Kumpulan CMSB Isaac Lugun, yang telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sulaiman mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan, kewangan dan insurans selepas menjadi Pengerusi Eksekutif RHB Capital Bhd dan kumpulan syarikatnya.

Beliau turut mempengerusikan beberapa Lembaga Pengarah dan jawatankuasa termasuk Rashid Hussain Bhd, RHB Insurance Bhd, RHB Asset Management Bhd dan RHB Research Institute, selain daripada menjadi ahli Lembaga Pengarah RHB Islamic Bank Bhd, RHB Sakura Bankers Bhd dan RHB Bank Bhd.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED