Translate
23 March 2021
Sultan Selangor Bertitah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible Dilarang Di Selangor
Penggunaan kalimah Allah dalam Bible dilarang di Selangor - Sultan Sharafuddin
BERNAMA
23/3/2021
SHAH ALAM, 23 Mac -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menegaskan dan mengulangi pendirian baginda bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.
Baginda bertitah sedemikian sebagai merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland Lawrence Bill melawan Menteri Bagi Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dan setelah membaca penghakiman penuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Mac lalu.
“Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa, yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam.
“Namun demikian sekiranya perkataan ‘Tuhan’ digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’, beta tiada halangan atas penggunaan perkataan ‘Tuhan’ tersebut,” titah baginda dalam kenyataan tersebut.
Penegasan Sultan Sharafuddin juga adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada 2014 dan fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Feb 2010, yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.
Titah baginda, adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menyekat penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan, terhadap kalimah Allah tersebut.
“Beta menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam di Selangor, untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Beta juga menitahkan agar rakyat Beta yang bukan beragama Islam di Selangor, sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah seperti mana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988), yang diwartakan pada 7 Julai 1988,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah larangan tersebut termasuklah larangan penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam, bagi tujuan komersial dan menamakan tempat-tempat perniagaan atau bangunan.
Baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor bertitiah akan tetap mempertahankan kesucian kalimah Allah, kerana ia menjadi tuntutan agama dan tanggungjawab baginda seperti dalam firman Allah S.W.T di dalam ayat 65 surah at-Taubah, yang melarang daripada mempermainkan dan mempersendakan kalimah Allah.
“Beta sentiasa menekankan agar rakyat Beta dapat menghormati kepercayaan dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama masing-masing, yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini.
“Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka, maka Beta juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menyokong penuh titah Sultan Johor, yang meminta kerajaan Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
“Beta juga menitahkan agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), untuk memohon kepada mahkamah sebagai pihak pencelah dalam rayuan tersebut dan turut menyeru agar perkara yang sama dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), bagi memelihara kemuliaan kalimah Allah dan kesucian agama Islam.
Popular Posts - Last 7 days
-
Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global Bernama 27/06/2025 Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malays...
-
Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli Bernama 27/06/2025 Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan k...
-
MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah - KSU Bernama 28/06/2025 Shaharuddin berkata, urusan haji sebenarnya adalah ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global Bernama 27/06/2025 Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malays...
-
An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawan recorded his suicide live on his Facebook account. The 1 hour footage shows the man...
Blog Archive
-
▼
2021
(9030)
-
▼
Mar 2021
(629)
- Ex-Policeman Sentenced To Death For Step-Daughter’...
- Najib, Rosmah Dan Pemilik Firma Barang Kemas Lubna...
- Malaysia Terima 600,000 Dos Vaksin AstraZeneca Pad...
- Cabul Wanita, Buruh Dipenjara Setahun
- Petrol Prices - No Change RON95 (RM2.05) & , Dies...
- Covid-19 Malaysia 31 March | New Cases - 1,482 Tot...
- LIVE - Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan...
- BERSATU Dan PAS Sepakat Bersama Perikatan Nasional...
- "Datuk" Bekas Pengarah Urusan Bank Antara Empat In...
- "Anwar Ibrahim Seperti Nelson Mandela" - Afdlin Sh...
- PM Pengerusi Mesyuarat Kabinet, Menteri UMNO Turut...
- SSM Bantu Usahawan Daftar Perniagaan Secara Percuma
- 'Semua Menteri UMNO Kekal Dalam Kabinet' - PM
- Miimaland Harum Nama Malaysia Di Alternative Film ...
- Vaccine Doses Administered and Total Registrations...
- Vaccinated Travellers Not Exempt From Mandatory Qu...
- Pembantu Rumah Dengan Visa Dibenar Kembali Ke Mala...
- Polis panggil bekas timbalan menteri kes tular
- "Anak Buah Sendiri Pengkhianat" - KPN Dedah 34 Ang...
- Geng Nicky: Dua Datuk Seri, Enam Datuk Antara Yang...
- Situasi Terkini Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19...
- Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta & Perkhid...
- 68 'Geng' Datuk Seri Nicky Liow Ditangkap - KPN
- Rentas Negeri Belum Dibenarkan - Ismail Sabri
- PKPP dilanjutkan ke 14 April di Perlis, Kedah, Per...
- PKPB Dilanjutkan ke 14 April Di Selangor, WP Kuala...
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 30...
- Covid-19 Malaysia 30 March | New Cases - 1,133 Tot...
- Pfizer, Moderna COVID-19 Vaccines Highly Effective...
- LIVE - Abdul Hamid Bador | Ketua Polis Negara | 30...
- LIVE - Muhyiddin Yassin | Pelan Transformasi Koper...
- Pengurus Acara, Pembantu Peribadi Neelofa Beri Ket...
- US Customs Determines Forced Labour At Malaysia's ...
- Traffic In Suez Canal Resumes After Stranded Ship ...
- AKSEM To Be Under PDRM - Hamzah
- Indonesia Church Suicide Bombers Were Newlyweds Wh...
- Penemuan Minyak Dan Gas Baharu Di Blok SK405B, Lua...
- AirAsia's net loss widened to RM5.10 billion in FY...
- SOP PKPP Sektor Makanan - Bazar Aidilfitri Dan Baz...
- SOP PKPB Sektor Makanan - Bazar Aidilfitri Dan Baz...
- DBKL Tutup Premis Urut (GAY)
- Kerajaan PN Lemah Punca Laksana Darurat - Tun Maha...
- FGV Holdings Lantik Dzulkifli Sebagai Pengerusi
- Nilai R-Naught Meningkat Kepada 0.94, Kelantan Ter...
- Ini Senarai 89 Kawasan Yang Bakal Berdepan Ganggua...
- Empat Maut: Konvoi Pulang Dari Kenduri Kahwin, Ber...
- Letak Jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menter...
- Polis Akan Panggil Penganjur Pertunjukan Fesyen La...
- Video Viral - Individu Gaduh Depan Hospital Diburu
- 4 Adun Bersatu Boikot Sesi Libat Urus DUN Pulau Pi...
- Sajat: Masa Bila Kita Jadi Pelarian? Buat Apa Nak ...
- HSR: Malaysia Pays RM320 Million As Compensation T...
- Gangguan Bekalan Air Antara 48 Hingga 68 Jam Bermu...
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 29...
- Covid-19 Malaysia 29 March | New Cases - 941 Total...
- Dakwaan langgar SOP: Siasatan Video Tular Najib Le...
- 50 Penagih Dadah Ditahan Dalam Op Sarang
- Melaka Dilanda Banjir Kilat
- LIVE - YDP Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Must...
- Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan
- Liberal Democratic Party (LDP) to join Perikatan N...
- Vaccine Doses Administered and Total Registrations...
- Five Injured, Hundreds Evacuated After Massive Bla...
- Young Malaysian Shuttlers Win Three Titles At Poli...
- Perwakilan UMNO Sebulat Suara Putus Kerjasama Deng...
- Perpecahan UMNO-Bersatu Sememangnya Ditunggu PH - ...
- Hadi makes hasty exit from Umno AGM As Journalist ...
- Two Suicide Bombers on a Motorcycle responsible fo...
- UMNO, GRS Kekal Bentuk Kerajaan Di Sabah - Bung Mo...
- 'Tak Apalah, Saya Terima Dengan Sabar' - Annuar Ul...
- Police Open Investigation On Woman’s Claim Of Sexu...
- Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa berkaitan P...
- Police Uncover Heroin Processing Laboratory In Johor
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 28...
- LIVE - Mohamad Hasan | Tiada Lagi Silat Pulut UMNO...
- Only Advocacy Action Taken For Motorcycles With Lo...
- Covid-19 Malaysia 28 March | New Cases - 1,302 Tot...
- Vaccine Doses Administered - Daily Report - 27 Mar...
- Tun Faisal Digantung Keahlian UMNO 6 Tahun
- Hei apit lempang, cukuplah!' - Zahid sergah 'peros...
- PRU15: Kita Akan Bertanding Solo Atas Nama BN - Ah...
- Filem indie, 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' memen...
- Bomb Blast At Indonesia Church!
- LIVE - Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ole...
- Undi18: Halangan Pada SPR, Bukan PN - Muhyiddin
- Polis Buru Suspek Atas Motosikal Yang Raba Wanita
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 27...
- Siapa Calon PM Dari UMNO? ... Kamu Tengah Bercakap...
- Covid-19 Malaysia 27 March | New Cases - 1,199 Tot...
- Tok Mat mahu UMNO jadi juara macam Liverpool, Tapi...
- 828 Malaysians Contracted COVID-19 Abroad - Kamarudin
- Polis Buru Banduan Yang melarikan diri daripada Pe...
- Ahli Parlimen 100% Sokong 'Undi 18' Patut Dihormat...
- Sama Cantik, Sama Padan, Neelofa Sah Bergelar Iste...
- PAU 2020 - Jawatan PM Milik UMNO, BN! - Timbalan P...
- LIVE - Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia...
- Six Arrested in January for terrorism and death th...
- Bas Rapid KL terbakar di Taman Bunga Raya, Depan UTAR
- Bank Becomes Third Party In Forfeiture Suit Agains...
- 1MDB Still Has RM32.3 Billion Of Outstanding Debt,...
-
▼
Mar 2021
(629)
