Translate

29 December 2020

Isu Kartel Daging: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

                    

Laporan polis: Isu kartel daging haram  

Isu kartel daging: Pemuda UMNO buat laporan polis

BERNAMA
28/12/2020 


KUALA LUMPUR, 28 Dis -- Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung isu kartel penyeludupan dan pengedaran daging import yang diragui status halal.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam laporan berkenaan, pihaknya mendesak satu pasukan khas ditubuhkan yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan berhubung perkara itu dapat dijalankan secara pantas dan bersepadu.

Beliau berkata individu serta syarikat yang terbabit dalam segala bentuk penyelewengan termasuk melibatkan rasuah perlu didedah dan didakwa segera.

"Ini perlu dilakukan secara telus dan pantas agar keyakinan dan kepercayaan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap logo Halal Malaysia dapat segera dipulihkan dan dipelihara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Asyraf Wajdi berkata pendedahan kegiatan kartel daging itu telah menimbulkan keresahan dan kegusaran masyarakat khususnya umat Islam.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED