Translate

01 December 2020

Harga Roti Berperisa Gardenia Naik Antara 5 Sen Ke 20 Sen

                 

Harga roti berperisa Gardenia naik antara 5 sen ke 20 sen

BERNAMA
30/11/2020 



KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Harga beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara 5 sen hingga 20 sen mulai 1 Dis ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan.

Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata sebelum ini pihaknya menyerap kos kenaikan itu, namun kini ia tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih.

Menurutnya antara produk-produk Gardenia yang akan mengalami perubahan harga adalah Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto; Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis, Gardenia Fluffy Red Beans; Gardenia Toast'em; Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin serta Raspberry Milk & Cranberries.

“Harga bagi produk-produk Gardenia yang lain dikekalkan, kerana GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya sepanjang beberapa tahun kebelakangan, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

GBKL berkata kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu, dan fokus pada ketika ini adalah untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang selain memastikan bekalan optimum pada harga yang berpatutan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 11 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 30 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik | ' 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 44 mins ago
A visitor from Oakland viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 44 mins ago