Translate

28 September 2020

"Saya Hormati Keputusan UMNO Sabah," Zahid Hamidi Komen Pelantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri



"Saya hormati keputusan UMNO Sabah," Zahid Hamidi komen pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri
Astro Awani
28 September 2020


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengambil maklum konsensus yang telah dicapai dalam rundingan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa Datuk Seri Hajiji Mohd Noor adalah calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa keputusan itu dicapai demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah, sebagai mana termaktub dalam aku janji GRS,” katanya lagi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sebelum ini berkata, beliau cenderung melihat jawatan itu diserahkan kepada UMNO susulan parti itu mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar dalam GRS.

Dalam satu sidang media awal hari ini, Hajiji dan Bung Moktar memaklumkan, keputusan telah dicapai untuk mencalonkan ADUN Sulaman itu sebagai Ketua Menteri seterusnya.

Selain Bung Moktar, hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim serta barisan wakil rakyat GRS.

Menurut Jabatan Penerangan Sabah, Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah dijadual berlangsung di Istana Negeri jam 10.30 pagi, esok.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pemandu Pusing Bulatan Dari Siang Hingga Malam Dis' 4 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 5 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 5 hrs 19 mins ago