Translate

30 September 2020

Pelajar Institusi PengajianTinggi Swasta Warga Asing Ditahan Disyaki Pecah Rumah



Pelajar IPTS Warga Asing Ditahan Disyaki Pecah Rumah
BERNAMA
30/09/2020 12:08 AM


KUALA LUMPUR, 29 September  -- Polis menahan seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga asing kerana disyaki cuba pecah rumah di sekitar Jalan SS2/18 Petaling Jaya awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pada kira-kira pukul 5.11 pagi pihaknya telah melakukan rondaan di lorong belakang jalan berkenaan selepas menerima aduan cubaan pecah masuk rumah.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati seorang lelaki sedang menggoncang dan mengetuk pintu belakang setiap rumah di kawasan itu menggunakan sebuah plat besi.

“Semasa ditahan, suspek yang berumur 24 tahun itu bertindak agresif dan cuba memukul polis menggunakan plat besi yang dipegangnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat tindakan agresif suspek, seorang anggota polis telah mengalami kecederaan ringan semasa menahannya.

Nik Ezanee berkata ujian air kencing polis mendapati suspek positif dadah dan sewaktu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, suspek bertindak agresif dengan menjerit serta menendang pintu IPD.


“Suspek direman selama empat hari, disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 10 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 1 hr 51 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 2 hrs 54 mins ago