Translate

30 September 2020

Guru Bahasa Arab Sekolah Rendah Dipenjara kerana lakukan seksual fizikal dengan murid lelaki 10 tahun






Amang seksual: Guru dipenjara sembilan tahun, dua sebatan
30/09/2020 04:01 PM



PUTRAJAYA, 30 Sept -- Seorang guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah dihukum penjara sembilan tahun dengan dua sebatan, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun, dengan memegang kemaluan mangsa.

Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahril Shaffie, 33, yang turut dipanggil ‘Ustaz’ dalam kalangan anak muridnya, selepas mendapati lelaki itu bersalah di akhir kes pembelaan.

Hakim itu juga mengarahkan tertuduh yang hadir bersama bapanya, menjalani khidmat kaunseling pemulihan selama lapan tahun.


“Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara,” katanya dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Terdahulu, Hakim Yong Zarida ketika membacakan penghakiman berkata, setelah meneliti keterangan-keterangan dan hujahan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu dan pendakwaan berjaya membuktikan kes di luar keraguan yang munasabah.

“Oleh itu mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.


Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam PG Cyril yang mewakili tertuduh, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan jaminan dari RM8,000 yang dikenakan sebelum ini kepada RM15,000, beserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berdekatan sehingga rayuan selesai.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan cara memegang kemaluan mangsa bagi tujuan seksual, antara pukul 12.15 hingga 12.45 tengah hari pada 22 Nov 2018 rumahnya di Subang Bestari, Shah Alam. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 36 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 7 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 8 hrs 23 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 9 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 9 hrs 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 10 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 10 hrs 51 mins ago