Translate

08 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-100 (Imported -15, Local-85) , Active Cases-295 | Total Cases-9559 | Total Deaths- 128



Kenyataan Akhbar KPK 8 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,136 kes (95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 8 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 100 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,559 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 295 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan 13 bukan warganegara. 15 kes import tersebut adalah dari negara:

  • India (6 kes di Selangor, 4 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Negeri Sembilan);
  • Indonesia (2 kes di Selangor);
  • Pakistan (1 kes di Selangor); dan
  • Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara. Perincian kes adalah seperti berikut:

  1. Sabah:
    • 62 kes daripada Kluster Benteng LD.
  2. Kedah:
    • 22 kes daripada Kluster Sungai.
  3. Perlis 
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS KES IMPORT DAN KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA DIPERKETAT BAGI NEGARA-NEGARA BERISIKO TINGGI

Pelaksanaan kuarantin wajib di stesen kuarantin bagi pengembara yang tiba di Malaysia telah dikuatkuasakan semula bermula 24 Julai 2020. Daripada tarikh tersebut sehingga 7 September 2020, seramai 29,330 pengembara telah ditempatkan di stesen kuarantin, di mana 237 kes positif COVID-19 telah dikesan. Kebanyakan kes adalah dari negara India (42 kes), diikuti dengan Filipina (27 kes) dan Indonesia (26 kes).

Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan kawalan sempadan Malaysia bagi negara-negara berisiko tinggi terhadap COVID-19 mulai 7 September 2020. Terkini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memperketatkan kemasukan ke Malaysia bagi 23 buah negara. Sekatan ini tertakluk kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang bagi warganegara dari negara-negara yang mencatatkan kumulatif kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes. Ini adalah sebagai salah satu langkah memperketatkan dan mempertingkatkan kawalan sempadan. KKM akan meneruskan penilaian risiko berdasarkan situasi semasa COVID-19 di seluruh dunia. Senarai terkini negara yang diperketatkan kemasukan akan diumum Kerajaan dari semasa ke semasa.

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER

Terkini, terdapat beberapa kluster yang melibatkan anggota kesihatan dan anggota kerja agensi lain. Ini termasuk Kluster Benteng LD, Kluster Sungai dan Kluster Telaga. Pecahan saringan dan situasi terkini mengikut kluster tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau):
    • Lahad Datu (431 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19 (37 kes baharu);
      2. 132 individu negatif; dan
      3. 212 individu masih menunggu keputusan.
    • Tawau (1,579 disaring):
      1. 41 kes dikesan positif COVID-19 (25 kes baharu);
      2. 425 individu negatif; dan
      3. 1,113 individu masih menunggu keputusan.
  2. Kluster Sungai (melibatkan negeri Kedah dan Perlis):
    • Kedah (470 disaring):
      1. 25 kes dikesan positif COVID-19 (22 kes baharu);
      2. 31 individu negatif; dan
      3. 414 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (5 disaring):
      1. Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
      2. Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
    • Perlis (4 disaring):
      1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
      2. Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.
  3. Kluster Telaga (melibatkan negeri Kedah):
    • Kedah (4,410 disaring):
      1. 10 kes dikesan positif COVID-19 (tiada kes baharu);
      2. 4,347 individu negatif; dan
      3. 53 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (46 disaring):
      1. Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
      2. 46 individu negatif.

NILAI Rt ATAU R NAUGHT (R0) SERTA PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN ORANG AWAM

KKM ingin memaklumkan bahawa nilai Rt atau R naught (Ro) telah meningkat kepada 1.72 di Malaysia. Rt yang dicatat pada dua (2) minggu lepas hanya 0.72. Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti. Berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh KKM, terdapat juga peningkatan pergerakan masyarakat di dalam Malaysia. Masyarakat kemungkinan kian alpa dan tidak mengendahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Nasihat-nasihat yang telah diberikan mulai diambil ringan, dan ini termasuklah juga oleh petugas barisan hadapan di kalangan petugas kesihatan dan juga lain-lain agensi.

Petugas barisan hadapan sememangnya mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti oleh penyakit COVID-19 atau lain-lain penyakit berjangkit ketika di fasiliti kesihatan. Ini tidak kiralah di fasiliti Kerajaan atau swasta. Selain itu, petugas kesihatan juga boleh mendapat jangkitan semasa berada di dalam komuniti, iaitu sama seperti individu yang lain di dalam masyarakat. Justeru, pematuhan seratus peratus terhadap garis panduan dan tatacara pengurusan semasa bertugas dan juga semasa tidak bertugas adalah amat penting. Ketidakpatuhan akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19. Misalnya, hari ini terdapat seorang anggota kesihatan daripada Kluster Sungai yang didapati telah menjangkiti tujuh (7) orang ahli keluarganya.

Mengambil iktibar daripada kejadian ini, KKM menggesa semua petugas kesihatan, petugas barisan hadapan pelbagai agensi dan juga semua lapisan masyarakat untuk mengambil serius situasi COVID-19 di dalam negara. Ambillah langkah berjaga-jaga untuk menjaga diri kita dan keluarga kita pada setiap masa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS133
KEDAH22250
PULAU PINANG0138
PERAK0269
SELANGOR9 (9)2,188
NEGERI SEMBILAN1 (1)1,038
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH62548
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR5 (5)2,615
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN100 (15)9,559

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image

Image
Kluster Benteng LD a) Lahad Datu (431 disaring): • 87 positif COVID-19 • 132 negatif • 212 masih menunggu keputusan. b) Tawau (1,579 disaring): • 41 positif COVID-19 • 425 negatif • 1,113 masih menunggu keputusan.

Image
PERINCIAN KES BAHARU (100) KL-5 4 BWN tiba dari India 1 WN pulang dari India SELANGOR-9 6 BWN tiba dari India 1 WN pulang dari Indonesia 1 BWN tiba dari Indonesia 1 BWN tiba dari Pakistan N.SEMBILAN-1 1 BWN tiba dari India

SABAH-62
32 WN dari Kluster Benteng LD 30 BWN dari Kluster Benteng LD KEDAH-22 22 WN dari Kluster Sungai PERLIS-1 1 WN dari Kluster Sungai

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED