Translate

30 September 2020

4 Anggota Polis Marin Tercedera Apabila Bot Peronda Mereka Meletup









30/09/2020 03:45 PM



TAWAU, 30 Sept -- Empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau melecur selepas bot peronda dinaiki meletup berhampiran Pangkalan PPM, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Ariffin yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu berlaku pada 7.35 pagi tadi.

"Siasatan masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata tiga anggota yang terlibat melecur ditahap sembilan peratus manakala seorang lagi 12 peratus.

“Mereka menerima rawatan di Hospital Tawau," katanya.

Bernama difahamkan bot peronda itu meletup selepas tiga minit bergerak keluar dari Pangkalan PPM.


-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED