Translate

28 July 2020

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 Oleh PM Tan Sri Muhyiddin | 9am



                  






28/07/2020 09:40 AM



PUTRAJAYA, 28 Julai -- Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini berlangsung hari ini dalam suasana penuh semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diadakan buat julung kalinya di Dataran Perdana, Perdana Putra dengan kehadiran terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam situasi negara berhadapan pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan tidak dilupakan apabila pemimpin agensi dan jabatan terlibat turut dijemput untuk bersama-sama menyertai tetamu kehormat pada majlis berkenaan.



Antara yang hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Turut hadir ialah menteri-menteri kanan termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, menteri-menteri Kabinet lain termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Acara dimulakan dengan amanat daripada Perdana Menteri yang turut dipancarkan secara langsung ke negeri-negeri.


Usai menyampaikan amanat, Muhyiddin menyerahkan Jalur Gemilang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), disusuli dengan upacara menaikkan bendera dan nyanyian Lagu Negaraku yang diiringi Pasukan Pancaragam ATM dan Kumpulan Koir Pentarama, Jabatan Penerangan.

Upacara menaikkan bendera berkenaan turut disertai oleh enam pegawai yang mewakili pasukan barisan hadapan terdiri daripada ATM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penerangan.

Kemuncak acara pelancaran ialah nyanyian lagu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 iaitu Malaysia Prihatin yang diperdengarkan buat pertama kali oleh Kumpulan Koir Pentarama sambil diiringi dengan kibaran Jalur Gemilang.


Lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan dan gubahan Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail dan lirik oleh El Sol Akhmad.

Majlis di Dataran Perdana itu diakhiri dengan Perdana Menteri melepaskan konvoi Info on Wheels (IoW) Merdeka yang akan menjelajah ke seluruh negara sehingga 16 Sept ini untuk menaikkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta menyemarakkan semangat kibar Jalur Gemilang.

-- BERNAMA


Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bucharest viewed 'Malaysian model Pui Yi has announced on her Facebo' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'BEST FBKL' 10 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masu' 10 hrs 56 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Photos of N**e waitress in coffee shop in thailand' 12 hrs 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 23 hrs 15 mins ago
A visitor from Perm viewed 'BEST FBKL' 1 day ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '10 Best Char Kway Teow Places In KL / PJ | BEST FB' 1 day ago
A visitor from Labuan viewed 'DCP Shafien Mamat Ketua Polis Kelantan yang baharu' 1 day 21 hrs ago