Translate

28 July 2020

2 kluster baharu Dikesan: Kluster PUI Sivagangga di Kedah dan Kluster Satok di Sarawak - KKM



28/07/2020 06:17 PM


COVID-19: KKM kesan dua lagi kluster baharu - KP Kesihatan


KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga di Kedah dan Kluster Satok di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memperincikan Kluster PUI Sivagangga, beliau berkata kluster itu melibatkan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lepas dan saringan COVID-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) didapati negatif.

“Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan dalam tindakan pihak berkuasa.


“Saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata aktiviti pengesanan kes secara aktif serta saringan kontak rapat telah dijalankan dan setakat hari ini, 28 kontak rapat telah disaring.

“Daripada jumlah tersebut, lima telah dikesan positif COVID-19 dan 23 lagi adalah negatif,” katanya.


Jelasnya, kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan dan empat orang daripada kes positif kluster itu adalah pekerja kedai bukan warganegara manakala seorang lagi ialah ahli keluarga kes indeks.

“Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis yang dikenal pasti ini telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman,” katanya.

Bagi Kluster Satok, Dr Noor Hisham memaklumkan kes itu dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, dan saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut.


Beliau berkata sehingga hari ini, sebanyak 229 peniaga telah disaring dan daripada jumlah tersebut empat kes dikesan positif COVID-19 manakala 225 lagi adalah negatif.

Beliau berkata kesemua kes positif tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

“Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan,” katanya.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'DCP Shafien Mamat Ketua Polis Kelantan yang baharu' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Pontianak viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 1 hr ago
A visitor from Dublin viewed 'A Gunman opened fire at Al Noor mosque in Christch' 1 day 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tempoh Diskaun Pembayaran Saman JPJ Dilanjutkan | ' 1 day 9 hrs ago
A visitor from Fukui viewed 'Britain's worst paedophile abused children from Ma' 1 day 11 hrs ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 day 20 hrs ago
A visitor from Yogyakarta viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 1 day 22 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu tel' 2 days 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya akan hubungi polis, kata Anwar selepas Mkini ' 2 days 10 hrs ago