Translate

29 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-13 {Local-5 Imported-8} | Active-220 | Total-8956 |





Kenyataan Akhbar KPK 29 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,612 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - July 29-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 29 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,956 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 220 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara:

  • United Kingdom (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • India (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Gambia (1 kes di Selangor); dan
  • Ukraine (1 kes di Selangor);

Daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (3 kes) adalah :

  • Johor: satu (1) kes saringan di tempat kerja (iaitu sign-off kapal);
  • Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Sentosa;
  • Sabah: satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

  • Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Mambong;
  • Perlis: satu (1) kes saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar.

Sehingga kini, hanya dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER MAMBONG DAN KLUSTER SENTOSA DI SARAWAK

KKM ingin memaklumkan status terkini Kluster Mambong dan Kluster Sentosa di mana:

  1. Kluster Mambong:

Sehingga 29 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 198 orang telah disaring di dalam kluster ini (iaitu 188 warganegara Malaysia dan 10 bukan warganegara telah disaring). Daripada jumlah tersebut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19 (dua (2) kes terdiri daripada bukan warganegara); dan
  • 191 negatif
  1. Kluster Sentosa:

Sehingga 29 Julai 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 1,026 orang telah disaring di dalam kluster ini. Daripada jumlah tersebut:

  • 31 dikesan positif COVID-19;
  • 888 negatif; dan
  • 107 masih menunggu keputusan.

Saringan ini merangkumi petugas kesihatan, ahli keluarga mereka, pekerja syarikat pembersihan, pengawal keselamatan, pesakit dan lain-lain kontak rapat. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • 397 anggota kesihatan:
    • 17 dikesan positif COVID-19;
    • 360 negatif; dan
    • 20 masih menunggu keputusan.
  • 104 pekerja syarikat pembersihan dan pengawal keselamatan:
    • Empat (4) dikesan positif COVID-19;dan
    • 100 negatif;
  • 196 pesakit:
    • Satu (1) dikesan positif COVID-19;
    • 176 negatif; dan
    • 19 masih menunggu keputusan.
  • 108 ahli keluarga:
    • Dua (2) dikesan positif COVID-19;
    • 68 negatif; dan
    • 38 masih menunggu keputusan.
  • 221 lain-lain kontak rapat:
    • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
    • 184 negatif; dan
    • 30 masih menunggu keputusan.

Kluster ini telah melibatkan kes sehingga generasi kedua. Punca jangkitan adalah masih di dalam siasatan. Namun, hasil siasatan awal mendapati bahawa kemungkinan besar punca adalah daripada aktiviti di dalam komuniti.

Langkah pencegahan penularan jangkitan yang telah diambil adalah seperti berikut:

  1. Aktiviti terminal cleaning di seluruh bangunan hospital termasuk kawasan berisiko tinggi mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) KKM;
  2. Pesakit dan anggota kesihatan yang disahkan positif COVID-19 telah diasingkan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak;
  3. Aktiviti pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19 diteruskan;
  4. Kontak rapat kepada anggota kesihatan dan pesakit yang dikesan positif telah diasingkan di pusat kuarantin;
  5. Kapasiti makmal yang sedia ada di Hospital Umum Sarawak adalah 1,000 ujian sehari. Tambahan kapasiti sebanyak 100 di Pusat Jantung Sarawak and, 500 di UNIMAS dan 150 di Borneo Medical Centre boleh didapati sekiranya diperlukan.;
  6. Taklimat khas diberikan kepada anggota kesihatan bagi menekankan kepentingan pematuhan anggota terhadap pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan betul serta bersesuaian, penjarakan sosial sama ada di tempat bertugas atau tempat guna sama, dan juga pembersihan kawasan gunasama seperti pantri;
  7. Menjalankan saringan kesihatan mental kepada anggota yang positif COVID-19 serta memberikan bantuan awal psikologi (Psychological First Aid- PFA). Semua anggota kesihatan yang dikesan positif telah dirujuk kepada pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) Hospital Umum Sarawak.

Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan melindungi pesakit serta anggota kesihatan, operasi Jabatan Pesakit Luar dan kemasukan pesakit baru telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak. Rawatan bagi pesakit sedia ada adalah masih diteruskan.

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menasihati orang ramai agar waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian, misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS119
KEDAH0106
PULAU PINANG0121
PERAK0262
SELANGOR2 (2)2,121
NEGERI SEMBILAN01,028
MELAKA0258
JOHOR1738
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH1393
SARAWAK2677
W.P. KUALA LUMPUR6 (6)2,472
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN019
JUMLAH KESELURUHAN13 (8)8,956

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED