Translate

25 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-23 {Local-17 Imported-6} | Active-167| Total-8884 | Discharged-8594 | Deaths-123






Kenyataan Akhbar KPK 25 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,594 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - July 25-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 25 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 23 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 167 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 23 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Enam (6) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Singapura (3 kes);
  • Indonesia (1 kes);
  • Filipina (1 kes); dan
  • Rusia (1 kes).

Daripada 17 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tujuh (7) kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (7 kes) adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan selepas bersalin. Beliau merupakan seorang tahanan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Beliau tidak bergejala dan sedang dirawat di Hospital Serdang;
  • Selangor – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang;
    • Satu (1) kes saringan di tempat kerja;
  • Johor – empat (4) kes:
    • Satu (1) kes daripada Kluster Warga Emas Kluang;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Bukit Tiram. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
    • Satu (1) kes saringan sebelum masuk kerja.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (10 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Johor – dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Warga Emas Kluang;
    • Satu (1) kes saringan di tempat kerja;
  • Sarawak: – Lapan (8) kes:
    • Empat (4) kes daripada Kluster Sentosa;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Syarikat Pembinaan Kuching. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
    • Satu (1) kes saringan pemantauan di pintu masuk lapangan terbang. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak;
    • Satu (1) kes saringan di tempat kerja.

Sehingga kini, hanya tiga (3) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (2)

DUA (2) LAGI KLUSTER BAHARU TELAH DIKENALPASTI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

  1. Kluster Bukit Tiram

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat dua (2) kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor. Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan. Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua (2) kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan. Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

  1. Kluster Syarikat Pembinaan Kuching

Kes pertama kluster ini merupakan kes positif COVID-19 yang telah dikesan pada 11 Julai 2020 (iaitu kes ke-8715). Melalui siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenalpasti yang terdiri daripada lima (5) rakan serumah dan 50 rakan sekerja. Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif COVID-19.

Kluster ini telah dikenalpasti apabila satu (1) kes positif (iaitu kes ke-8881) telah dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) masih diteruskan. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang menasihatkan orang ramai agar waspada dan terus patuhi saranan dan nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH0100
PULAU PINANG0121
PERAK0262
SELANGOR3 (1)2,118
NEGERI SEMBILAN01,028
MELAKA0258
JOHOR10 (4)730
PAHANG0369
TERENGGANU0114
KELANTAN0159
SABAH0384
SARAWAK8649
W.P. KUALA LUMPUR12,458
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN1 (1)18
JUMLAH KESELURUHAN23 (6)8,884

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import




1. Warga emas 2. Wanita mengandung 3. Pesakit kronik 4. Pesakit imuniti rendah (kanser, HIV)




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED