Former Sabah chief minister Tan Sri Musa Aman is claiming that he has a simple majority in the 65 member house to take over the state government.
He told reporters he was going to meet Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin at Istana Negeri to provide the statutory declarations.
He said that Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin had met with Juhar earlier on Wednesday (July 29) to inform of the formation the new political bloc
Musa Aman dakwa dapat sokongan majoriti, bentuk Kerajaan Sabah baharu
Ruzaini Zulkepli
Julai 29, 2020 18:50 MYT
Kumpulan yang diketuai Musa akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditandatangani dalam tempoh terdekat. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Sabah.
Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi berkata, pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditandatangani dalam tempoh terdekat.
"Kita telah memperolehi simple majority dan akan membentuk kerajaan baharu.
"Satu gabungan baru ini akan mengadap Tuan Yang Terutama (TYT)," katanya.
Antara ADUN dari parti pemerintah yang berada di rumah Musa sebentar tadi adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).
Jelasnya lagi, gabungan itu merangkumi ADUN daripada pelbagai parti.
"Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru," katanya.
Berikut merupakan senarai ADUN dari parti pemerintah yang melompat menyertai pasukan Musa:
1) Datuk Bolkiah Ismail (Pitas)
2) Datuk Osman Jamal (Balung)
3) Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu)
4) Datuk Masiung Banah (Kuamut)
5) Rahman Kangkawang (Labuk)
6) Datuk Musbah Jamli (Tempasuk)
7) Kenny Chua (Inanam)
8) Datuk Abidin Madingkir (Paginatan)
9) Datuk Muis Picho (Sebatik)
10) Datuk Saddi Abd Rahman (Sukau)
11) Datuk Anita Beranting (Tandek)