Translate

30 July 2020

DCP Sapiai @ Shafien Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan daripada 1 September 2020


30/07/2020 10:57 AM



KUALA LUMPUR, 30 Julai -- Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya DCP Sapiai @ Shafien Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu berkuat kuasa 1 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata Sapiai @ Shafien adalah antara empat pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa pada hari berkenaan.

Beliau berkata jawatan Ahli LPJ, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya digantikan oleh SAC Datuk Khalil Azlan Chik daripada SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman yang memangku pangkat DCP.


Ketua Polis Daerah Kerian, Perak Supt Omar Bakhtiar Yaacob ditukarkan ke daerah Kuala Kangsar, Perak dengan memangku pangkat ACP.

Asmawati berkata Ketua Cawangan Khas Daerah Bau, Sarawak DSP Damataries Lautin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED