Translate

01 July 2020

MKN Explains Relationship With Company that developed MySejahtera App after statement by Bumiputera ICT Group





PENJELASAN BERHUBUNG SYARIKAT KPISOFT SDN. BHD. YANG
MEMBANGUNKAN APLIKASI MYSEJAHTERA

1. Syarikat KPISoft merupakan syarikat tempatan berstatus MSC yang mula
ditubuhkan pada tahun 2010.

2. Pengasas kepada syarikat ini termasuk dua (2) orang rakyat Malaysia iaitu Encik
Anuar Rozhan dan Encik Raveenderan Ramamoothie. Mereka merupakan
pemegang saham terbesar bagi syarikat ini sehingga pada hari ini.

3. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, KPISoft telah berkembang dengan
bimbingan daripada MDEC selaras dengan objektif MDEC dalam
memperkembangkan industri tempatan ke peringkat global.

4. Pada tahun 2014, syarikat ini telah menempa nama ke peringkat serantau dengan
pembukaan ibu pejabat di Asia-Pasifik dan seterusnya peringkat global di Amerika
Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Singapura dan India. Sehingga kini, syarikat
KPISoft mempunyai pejabat operasi di 15 buah negara.

5. Syarikat ini merupakan antara syarikat tempatan yang berjaya menempah dan
memperkembangkan nama di peringkat global. Aplikasi yang dibangunkan oleh
syarikat ini turut digunakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai sebagai Fortune
500.

6. Meskipun syarikat ini telah berkembang di peringkat global, Pengurusan Utama
KPISoft masih berpangkalan di Malaysia. Encik Anuar Rozhan merupakan Ketua
Pegawai Eksekutif bagi KPISoft Malaysia dan Asia Pasifik. Selain itu, Ketua
Pengawai Kewangan Global dan Ketua Arkitek Pembangunan Aplikasi Global
adalah rakyat Malaysia dan melaksanakan operasi global di Malaysia.

7. Pembangunan MySejahtera bermula apabila pihak KKM telah memohon bantuan
NACSA, MKN dan MAMPU sewaktu bermulanya PKP untuk menilai satu aplikasi
yang dibangunkan oleh Syarikat KPISoft Sdn Bhd secara CSR untuk dijadikan
aplikasi diperingkat nasional bagi pengawasan penularan wabak COVID-19.

8. Penilaian yang dilaksanakan oleh pihak NACSA, MKN dan MAMPU mendapati
bahawa aplikasi ini paling tersedia untuk dilaksanakan di peringkat nasional
berbanding dengan mana-mana aplikasi yang ditawarkan kepada Kerajaan pada
masa tersebut dengan mengambil kira keperluan mendesak daripada KKM.
Pembangunan aplikasi ini merupakan kerjasama strategik antara MKN, KKM,
MAMPU, SKMM dan MOSTI.

Tarikh: 1 Julai 2020
Masa : 5.00 petang


Bumiputera ICT group claims being sidelined by Putrajaya, MySejahtera app developed by foreigners

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED