Translate

23 July 2020

Kerajaan Mengkaji Menurunkan Harga Siling Pelitup Muka Sebanyak 30 sen


Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos

Astro Awani |


Menurut Alexander, harga di peringkat pemborong akan diturunkan dari RM1.45 kepada RM1.15, sementara harga runcit dari RM1.50 kepada RM1.20 seunit. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, keperluan untuk menurunkan harga pelitup muka pada masa depan perlu ada selain memastikan bekalan itu sentiasa mencukupi.

Beliau berkata, harga di peringkat pemborong akan diturunkan dari RM1.45 kepada RM1.15, sementara harga runcit dari RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

Langkah itu katakan diambil selaras dengan keputusan kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pelitup muka di tempat-tempat awam berikutan penularan pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

"Selain itu, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran dan pengedaran pelitup muka juga mendapati bekalan pelitup muka adalah mencukupi termasuk yang diimport, soal bekalan tiada masalah, " katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berhubung dengan harga pelitup muka.

Dalam pada itu, Alexander menjelaskan, kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas mana-mana peniaga yang dikesan membuat manipulasi harga atau menaikkan harga barangan tanpa alasan yang munasabah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED