Harian Metro
19 Julai 2020
Tertuduh, Mohd Amir Hafizudin Zakaria, 31, dan Wan Saiful Kudri Che Wan Ahmad, 38, membuat pengakuan itu selepas 34 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu penolong akauntan, Zaipah Ramli dengan cara mengemukakan dokumen invois palsu bagi kerja-kerja membekal, memasang alat ganti dan menyelenggara kenderaan jabatan milik UniSZA berjumlah RM37,879.