Translate

19 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-15 {Local-11 Imported-4 } | Active-103 | Total-8779 | Discharged-8553 | Deaths-123



Image


Kenyataan Akhbar KPK 19 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,553 kes (97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 19July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 19 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,779 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (1 kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (1 kes). Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • United Kingdom (2 kes)
  • India (1 kes)
  • Libya (1 kes)

Daripada 11 kes penularan di dalam negara, lapan (8) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan tiga (3) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (8 kes) adalah :

  • Sarawak – lima (5) kes:
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8743);
    • Satu (1) kes saringan kendiri;
    • Satu (1) kes saringan sebelum kembali bekerja;
    • Dua (2) kes saringan rawak di lapangan iaitu di pintu masuk utama negeri Sarawak.
  • Selangor: satu (1) kes saringan pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Sabah: satu (1) kes saringan prosedur di Hospital Queen Elizabeth 2.
  • Johor: satu (1) kes Brought In Dead (BID). Kes ini juga merupakan kes kematian ke-123 yang dilaporkan hari ini. Perinciannya adalah seperti di bawah;

Bagi kes jangkitan dalam negara (3 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
  • Selangor: satu (1) kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang. Kluster ini akan diperincikan di bawah.
  • Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Jeti Kuching. Kluster ini akan diperincikan di bawah;

Sehingga kini, hanya dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 123 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-123 (kes ke-8770) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok. Beliau merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020. Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Beliau disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2020 jam 12.51 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (11)

KLUSTER RUMAH KONGSI SEPANG

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 96 orang pekerja telah disaring, iaitu terdiri daripada sembilan (9) warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara iaitu:

  • 63 warga Indonesia;
  • 22 warga Bangladesh;
  • Sembilan (9) warganegara Malaysia; dan
  • Dua (2) warga Myanmar.

Daripada jumlah saringan ini, 96 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 94 adalah negatif.

Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu satu (1) warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8739) dan satu (1) warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

KLUSTER RESTORAN KUALA LUMPUR

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah restoran di Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 250 orang iaitu 14 orang pekerja restoran dan 236 orang pelanggan restoran telah disaring. Daripada jumlah saringan ini, 250 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 248 adalah negatif.

Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga India yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8666) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

KLUSTER JETI KUCHING

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 25 orang nelayan telah disaring dan keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 23 adalah negatif.

Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8736) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang ingin menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa. Antara nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian adalah:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Julai 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH099
PULAU PINANG0121
PERAK2 (2)260
SELANGOR4 (2)2,103
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0258
JOHOR1702
PAHANG0365
TERENGGANU0114
KELANTAN0158
SABAH1382
SARAWAK6607
W.P. KUALA LUMPUR12,450
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN15 (4)8,779

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image


Image




Dear Friends & Family, the management of Gandhi's Vegetarian Restaurant would like to share information pertaining Covid-19 pandemic. On Monday, 6th July 2020, we were informed by KKM that 1 of our staff came into close contact with a Covid Positive individual and was screened to be high risk. The staff was immediately taken to Hospital Sg Buloh for quarantine and test.
On Tuesday, 7th July 2020 according to KKM's advice, we closed operation of Gandhi's Vegetarian Restaurant. Subsequently all our staff including cashiers and Management staff underwent Covid-19 screening.
The results for all staff screened on 7th July 2020 came back to be NEGATIVE. On 9th July 2020 and all staff has deemed to be low risk from risk assessment done by KKM authorities.
Unfortunately, 1 staff which was taken to Hospital Sg Buloh is tested Positive for Covid-19 and is currently quarantined for treatment. He is asymptomatic (Not having any symptoms). We are praying for his speedy recovery and well being. We have been advised by KKM to not put out any information until results are available for fear of creating panic.
But to safeguard the health and wellbeing of all our staff and customers, KKM has advised us to implement the strictest preventive measures. The affected staff will remain in Hospital Sg Buloh for treatment. Despite all other staff tested Negative, Gandhi's Vegetarian Restaurant will remain close until further directives from KKM and all staff will remain in quarantine. Before the restaurant is allowed operation, a KKM appointed agency will carry out a thorough disinfection process in the restaurant premise.
We are working closely with KKM and giving them full cooperation. KKM is doing the needful with regards to contact tracing.
The health and wellbeing of our staff and customers are of the utmost priority. We will continue to monitor the situation and act according to advise from KKM to safeguard interest of our staff and customers. We will provide updates as soon as we have.
It is our humble appeal to disbelieve messages that has been circulating on social platforms and WhatsApp. We, management of Gandhi's Vegetarian Restaurant will be providing updates on our FB page. Please remain calm and strong.
Thank you to all our well wishers for continues love, support and prayers.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED