Translate

06 July 2020

Datuk Shabudin Yahaya dilantik Timbalan Menteri JPM - Parlimen dan Undang-undang

Datuk Shabudin Yahaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor (BN) dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  memegang portfolio Parlimen dan Undang-undang






KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh YB Datuk Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) di Istana Negara hari ini.
.
Turut hadir pada Istiadat tersebut YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
.
YB Datuk Shabudin Yahaya melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Dato’ Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, turut hadir semasa Istiadat berlangsung.







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED