Translate

01 July 2020

#Covid-19 Malaysia #MKN | Sidang Media DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Keselamatan | LIVE 2.00 PM | #RMCO #PKPP



MINDEF UPDATE 🇲🇾:
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (1 Julai 2020)

1. Task Force Operasi Pematuhan

- 61,262 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

- Sebanyak 3,896 pasar raya, 5,574 restoran serta 1,068 penjaja, 972 kilang, dan 1,625 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa semalam, 4,087 tempat ibadah serta 1,632 tempat riadah

- PDRM telah menahan 55 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 11 daripadanya telah direman & 44 individu dikenakan kompaun

2. Kawalan Sempadan Negara

- Sejak dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 1,157 PATI dan 211 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 76 individu yang disyaki penyeludup serta 36 buah kapal

- PDRM telah membuat 66 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dan memeriksa 42,955 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI

- PDRM telah berjaya menahan 3 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen

3. Kuarantin Wajib

- Dari 10 sehingga 30 Jun 2020, seramai 7,611 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk KLIA. 7,575 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine dan 36 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Pada 30 Jun 2020, sebanyak 428 rakyat Malaysia telah pulang melalui KLIA dan KLIA2 dari China, Sri Lanka, Indonesia, Pakistan, Jepun, Qatar dan India

- Kesemua 428 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine)

4. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,067 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.

- Semalam, sebanyak 28 operasi sanitasi meliputi 23 Zon di 8 buah negeri antaranya Sabah (10), Sarawak (4), Melaka dan Terengganu (3)

5. Aktiviti Keagamaan di Masjid

- Kuliah dan Solat Dhuha dibenarkan di masjid serta surau.

- Kelas mengaji dan fardhu ain juga dibenarkan di masjid dan surau dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi

- Kuliah & Solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardhu ain boleh diadakan bermula minggu ini. Kebenaran ini juga tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau

- Masjid dan surau juga diberi kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum Solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini

6. Pembukaan Institut Pengajian Tinggi

- Tarikh pembukaan IPT dan SOP terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat

7. Kempen Kesedaran COVID-19

- Kerajaan akan melancarkan Kempen Kesedaran COVID-19 di seluruh negara. Kempen ini akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum akhir Julai

- KKMM akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19

- Pertandingan ini dibuka mulai hari ini, 1 Julai 2020 (Rabu) hingga 10 Julai 2020 (Jumaat) sebelum pukul 12.00 tengah malam & semua rakyat Malaysia layak untuk menyertai pertandingan ini

Hadiah bagi pemenang tempat pertama adalah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000 & akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri

• Untuk penyertaan & maklumat lanjut boleh didapati di KKMM.GOV.MY atau PENERANGAN.GOV.MY.



Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED