Translate

05 July 2020

#Covid-19 Malaysia #MKN | Kenyataan Media DS Ismail Sabri - Menteri Kanan (Keselamatan) | #RMCO #PKPP



05/07/2020 01:23 PM



KUALA LUMPUR, 5 Julai -- Sebanyak 770 individu daripada 771 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Thailand, Qatar, Australia dan Korea Selatan semalam, diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu hanya seorang yang positif COVID-19 dan dibawa ke hospital.

“Bagi tempoh 10 Jun sehingga semalam (4 Julai) juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan ke atas 11,049 individu di pintu masuk KLIA.


“Daripada jumlah itu, 11,001 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman (home quarantine) masing-masing manakala 48 individu yang positif dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sementara itu katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 803 pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ‘home quarantine’ dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Mengenai operasi pematuhan PKPP Ismail Sabri berkata, PDRM menahan 165 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam.


“Daripada jumlah ini, 14 individu direman manakala 151 lagi telah dikompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pub atau kelab malam (96 kes), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarakan sosial (2 kes) dan aktiviti yang melanggar SOP (67 kes),” katanya.

Seorang warganegara asing pula telah ditahan kerana kesalahan imigresen, hasil 70 sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas 47,782 kenderaan bagi mengekang jenayah rentas sempadan, terutama di lorong-lorong tikus di seluruh negara.

Selain itu beliau memaklumkan sebanyak 19 tapak binaan diarah tutup semalam kerana tidak mematuhi SOP dan 495 tapak binaan lagi diberikan amaran.


-- BERNAMA



Image

Image









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 7 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 7 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 7 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 7 hrs 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 7 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 7 hrs 14 mins ago