Translate

05 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 5 [Malaysian - 2 Non M'sian - 0 | Imported - 3 ] Total- 8663 | Active Cases- 77 | Discharged- 8465 | Deaths-121


Image



Kenyataan Akhbar KPK 5 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,465 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 5 julai-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lima (5) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu kes-kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01

DUA (2) LAGI KLUSTER COVID-19 BERKAITAN TEMPAT KEDIAMAN TELAH TAMAT

Sukacita KKM ingin memaklumkan dua (2) lagi kluster COVID-19 yang tamat pada hari ini, iaitu Kluster Gombak dan Kluster Pangsapuri Cheras. Kedua-dua kluster ini juga merupakan kluster berkaitan tempat kediaman di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

  1. Kluster Gombak telah dilaporkan pada 18 Mei 2020 hasil daripada aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) kes positif COVID-19 di sebuah kuarters kediaman di Gombak. Sehingga 4 Julai 2020, seramai 200 orang telah disaring dan didapati lima (5) kes yang positif COVID-19. Kluster ini melibatkan semua warganegara Malaysia;
  2. Kluster Pangsapuri Cheras telah dilaporkan pada 1 Jun 2020 hasil daripada aktiviti pengesanan secara kes aktif (Active Case Detection) kes positif COVID-19 di sebuah pangsapuri di Cheras. Sehingga 4 Julai 2020, seramai 144 orang telah disaring dan didapati 8 kes yang positif COVID-19. Kluster ini melibatkan satu (1) kes positif warga Indonesia (iaitu daripada tiga bukan warganegara yang telah disaring) dan selebihnya adalah warganegara Malaysia.

0507

Kes pertama kedua-dua kluster ini telah dikesan hasil saringan pelajar pusat tahfiz / maahad yang merupakan salah sebuah kumpulan sasar yang dikenalpasti berisiko tinggi. Ini adalah pendekatan tertumpu (targeted approach) yang setakat ini telah membantu mengesan banyak kes COVID-19. Sukacita dimaklumkan, daripada siasatan yang telah dijalankan, didapati tiada kes positif COVID-19 yang lain daripada kedua-dua pusat tahfiz / maahad yang terlibat ini.

KKM ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti pengesanan kes dan langkah pembendungan penularan jangkitan berkaitan kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

5 Julai 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR2 (2)2,060
NEGERI SEMBILAN11,027
MELAKA0256
JOHOR0692
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH2 (1)378
SARAWAK0571
W.P. KUALA LUMPUR02,438
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN5 (3)8,663

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED