Translate

01 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases- 1 [Malaysian-0 Non M'sian-0 | Imported-1] Total- 8640 | Active Cases-144 | Discharged-8375 | Deaths-121




Image

Image

Kenyataan Akhbar KPK 1 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,375 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 1july-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 1 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 144 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa satu (1) kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (2)

KES HARIAN TERENDAH SEPANJANG GELOMBANG KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA

Empat (4) bulan sudah berlalu sejak kes pertama gelombang kedua COVID-19 dilaporkan di Malaysia, iaitu pada 27 Februari 2020. Buat pertama kalinya, pada hari ini, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah sepanjang gelombang kedua pandemik COVID-19 ini. Lebih penting lagi, tiada kes COVID-19 yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara (iaitu penularan tempatan), sama ada di kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.

Malahan, kes harian COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia (iaitu yang mendapat jangkitan di dalam negara) didapati sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan dan ramalan pada 21 Mei 2020 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM. Kes baharu yang dilaporkan hari ini pula adalah hanya satu (1) kes iaitu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

nih 172020

KKM ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini. Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, pencapaian ini sememangnya hasil kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing. Ini termasuk mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Penurunan kes harian juga menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri dan tanggungjawab sosial (social responsibility). Adalah diharapkan bahawa setiap lapisan dan kumpulan masyarakat telah dapat mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain, kebersihan kendiri yang tinggi, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelak bertutur dengan jarak yang dekat. Ini semua merupakan normal baharu yang diamalkan secara meluas dan berterusan bagi memastikan kita terus berjaya dalam memerangi wabak COVID-19.

KKM ingin mengingatkan orang ramai bahawa pandemik COVID-19 ini masih berterusan di seluruh dunia. Penularan semula jangkitan COVID-19 di Malaysia masih boleh berlaku sekiranya kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran Kerajaan. Justeru, masyarakat perlu terus mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 pada setiap masa, dan di mana jua anda berada.

Ibu bapa dan penjaga juga diseru supaya terus mendidik anak masing-masing tentang amalan dan kelaziman baharu ini. Ini adalah amat penting untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka memandangkan sesi persekolahan bakal dibuka semula seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan sebentar tadi. Nasihat-nasihat kesihatan sewajarnya diterapkan dari awal lagi bermula dari rumah mereka sendiri.

KKM ingin menekankan sekali lagi, bahawa kerjasama semua pihak adalah terutama agar kita sama-sama dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan tren penurunan kes COVID-19 di Malaysia. Terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

1 Julai 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR1 (1)2,048
NEGERI SEMBILAN01,025
MELAKA0256
JOHOR0691
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH0372
SARAWAK0571
W.P. KUALA LUMPUR02,436
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN1 (1)8,640

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED