Translate

06 September 2019

Saifuddin: I am not informed about replacing Muhyiddin as home minister after Utusan Malaysia's article on a Cabinet Portfolio Reshuffle.




Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said he was not told to replace Tan Sri Muhyiddin Yassin as Home Minister.

He added that only the Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has the authority to decide on the portfolio change.

Utusan Malaysia had reported that Saifuddin will be the new Home Minister in an upcoming Cabinet reshuffle.



Rombakan Kabinet: Saifuddin ke KDN, Guan Eng?

Aznan Bakar

04 September 2019 12:11 AM

UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikhabarkan akan berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam rombakan Kabinet yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

Menurut sumber, dalam rombakan itu, Lim Guan Eng bakal digugurkan daripada Kementerian Kewangan dan berpindah ke portfolio baharu.


Bagaimanapun, portfolio yang akan dipegang oleh Muhyiddin dan Guan Eng selepas ini tidak dinyatakan.

Pada minggu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui mungkin berlaku perubahan kecil portfolio menteri, tetapi menegaskan tiada pelantikan menteri baharu untuk menganggotai Kabinet.

Sebelum ini khabar angin mengatakan Perdana Menteri mungkin akan melakukan rombakan dalam barisan Kabinetnya selepas Hari Raya Haji.

Malah ada yang meramalkan rombakan itu akan membabitkan pelantikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet.

Bagaimanapun Dr. Mahathir dalam penjelasannya memberitahu, perubahan portfolio itu jika berlaku hanya pada skala kecil dan tidak membabitkan pelantikan baharu.

Penjelasan Dr. Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Anwar akan menyertai Kabinet. – UTUSAN ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED