Translate

26 February 2019

GRO Menyorok Lari Daripada Polis Guna Bilik Rahsia




MKL Crimedesk
Published on 25 Feb 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Nasib baik tak mati lemas...

Mana tidaknya... Tindakan 20 Gro asing dalam sebuah pusat karaoke sanggup menahan panas dan berhimpit dalam bilik kecil selama satu jam semata mata untuk elak dicekup polis.

Situasi itu terjadi di sebuah KTV dekat puchong yang digempur pasukan polis dari bahagian maksiat, perjudian dan kongsi gelap d7 ipk selangor malam tadi.

Ruang rahsia disebalik rak minuman keras itu berjaya dikesan selepas polis pelik dengan kelibat GRO asing yang hilang seperti pelesit.

Operasi di ketuai pegawai turus d7 ipk selangor dsp mohd khaizam ahmad shahabudin bersama jabatan pematuhan standart ipk selangor itu turut mendapat halangan ketika memasuki premis berikutan mereka menggunakan pintu tebal dengan peranti automatik.

Yang sekaligus memberi masa untuk gro terbabit bersembunyi

Ketika di temui terdapat 20 gro bersembunyi di tangga kecemasan dalam keadaan berpeluh.

Polis turut menemui 2 lelaki dan 2 wanita warga asing di laluan rahsia yang lain.

Hasil serbuan ini seramai 24 Gro warga thailand, vietnam dan laos Di tahan.

Turut di tahan 2 remaja perempuan berusia 16 dan 17 tahun yang turut bekerja sebagai gro.

20 Pekerja warga bangladesh dan myanmar serta seorang wanita warga tempatan di percayai penjaga premis turut di tahan.

Manakala 142 Lelaki dan wanita merupakan pelanggan pusat hiburan terbabit di arah menjalankan ujian air kencing.

Polis merampas peralatan sistem audio dan resit pembayaran di premis terbabit.

Kesemua mereka di bawa ke ipd serdang untuk tindakan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 6 hrs 11 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 51 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 8 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 8 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 8 hrs 35 mins ago