MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

KL CITY WALK

Thursday, 9 August 2018

Johari Abdul Ghani dan Annuar Musa mengkritik bekas perdana menteri dan presiden Umno NajiB Razak, Zahid Harap Najib Tak Terasa





Zahid harap Najib tak terasa hati kerana dikritik

Khairil Ashraf | August 9, 2018



Zahid berkata Umno tidak akan mengambil tindakan terhadap Johari dan Annuar kerana mengkritik Najib.



Zahid berkata, mereka menghormati proses undang-undang yang sedang dilalui oleh Ahli Parlimen Pekan itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak akan mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Tan Sri Annuar Musa kerana mengkritik bekas perdana menteri dan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Umno itu berkata pendekatan parti itu adalah dengan mengadakan perbincangan atau musyawarah, bukannya akur pendapat mana-mana pemimpin atau individu.

Zahid dalam masa yang sama turut berharap bekas presiden Umno itu tidak berasa hati dengan kritikan yang dibuat terhadap beliau.

“Saya harap Datuk Seri Najib tidak terasa hati dengan pendapat yang sedemikian.



“Kami memahami tekanan yang beliau hadapi dan kami bersimpati (dengan Najib),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib untuk berkempen di Sungai Kandis dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Johari berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya kecil akan datang memandangkan bekas perdana menteri itu berdepan perbicaraan kes salah guna kuasa dan pecah amanah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Hari ini, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa pula menyifatkan Najib, yang kini berdepan 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, sebagai “beban” yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

Mengulas lanjut, Zahid turut berkata, mereka menghormati proses undang-undang yang sedang dilalui oleh Ahli Parlimen Pekan itu.

“Beliau melalui proses yang sedang dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan tabah.

“Saya mengharapkan minda dan perasaan (Najib) tidak terganggu dengan komen yang sedemikian,” katanya.

Zahid turut diminta mengulas laporan pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM3.5 juta daripada pejabat bekas perdana menteri Najib Razak pada malam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Beliau berkata, perkara berkenaan seharusnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga polis untuk melakukan siasatan.

“Saya fikir elok kita serahkan kepada pihak SPRM dan juga polis lakukan siasatan.

“Tidak seharusnya mereka menemui wang itu mereka buat keputusan untuk ‘memfaraidkan’ sesama sendiri. Elok diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.