Translate

26 July 2018

Restoran Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura ditutup operasinya selepas Chef di restoran tidak mengikut resepinya

Image result for Chef Wan’s Kitchen Esplanade

Masak tak ikut resipi, restoran Chef Wan di Singapura ditutup

FMT Reporters | July 25, 2018



Chef Wan berkata penutupan restoran terpaksa dilakukan disebabkan beberapa perkara yang berada di luar kawalannya.




Restoran Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura ditutup operasinya selepas tukang masak Singapura dikatakan tidak mengikut resepi chef selebriti tersebut.

Menurut laporan sebuah portal di Singapura, terdapat notis yang ditampal di luar pintu memaklumkan operasi restoran itu ditutup.

Chef Wan berkata beliau tidak menilai sama ada tukang masak tersebut bagus atau tidak, sebaliknya mengesahkan ia berpunca daripada beberapa perkara yang berada di luar kawalannya.

“Chef-chef yang bekerja di situ tidak menghasilkan masakan mengikuti resipi-resipi saya.



“Pergi bandingkan lontong saya dengan lontong dia atau nasi lemak saya dengan nasi lemak dia, cukuplah. Berbuih-buih cakap berhari-hari hantar gambar, hari-hari buat macam-macam,” katanya.

Beliau turut mengakui faktor beliau tidak berada di restoran yang dibuka sejak Julai lalu mungkin antara penyebab ia menerima nasib itu.

“Saya tidak tahu, tapi mungkin juga,” katanya.

Beliau akui lega dengan keputusan penutupan restoran yang dibuka dengan rakan kongsi di Singapura itu kerana dapat mengelak chef-chef Singapura dimaki hamun siang malam selepas gagal mengikut resepinya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Malaysia di landasan untuk jadi kuasa tenaga solar' 32 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta dit' 37 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 3 hrs 42 mins ago