Translate

26 February 2017

Man Bai Penyanyi Group Gersang kecewa apabila difitnah sudah meninggal dunia


Man Bai kecewa apabila dikaitkan telah meninggal dunia seperti yang tular dalam media sosial (gambar kecil) semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas vokalis kumpulan Gersang, Man Bai kecewa apabila difitnah sudah meninggal dunia di media sosial Facebook, semalam.
Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, 49, berkata, tuduhan tersebut sangat tidak berasas kerana dirinya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Akibat berita yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab tersebut, ketenteraman hidupnya terganggu dek dihujani panggilan telefon dan mesej daripada keluarga dan para sahabat yang bertanyakan kesahihan khabar angin tersebut.
“Saya masih hidup. Ketika menerima berita ini, saya terkejut juga kerana saya sedang menjayakan satu persembahan di Johor Bahru. Sebenarnya, saya malas nak melayan khabar angin sebegini tetapi perkara ini juga melibatkan perasaan keluarga saya.
“Isteri saya terus telefon saya dan menangis menanyakan sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Saudara-mara saya juga tidak henti-henti telefon dan menghantar mesej saya. Saya kasihankan mereka kerana terlalu panik memikirkan keadaan saya,” kata pelantun lagu Kau Ilhamku itu ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Pertama kali difitnah meninggal dunia, Man Bai sedar bahawa kemajuan teknologi menyebabkan sesuatu khabar angin mudah tersebar. Bagaimanapun, dia memohon sesiapa yang suka menyebarkan cerita tidak benar di media sosial supaya menyiasat terlebih dahulu.
“Hal mati ini adalah satu perkara yang serius. Banyak artis lain yang pernah menerima nasib seperti saya (difitnah). Nasihat saya, jangan melulu berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.
“Jangan menganiaya orang lain. Soal ajal adalah ketentuan Tuhan. Jangan hanya sebab ingin menyedapkan cerita, berita seperti ini (kematian) dijaja sesuka hati,” ujarnya lagi.
Mengulas tentang kebenaran sekeping gambar yang seperti menunjukkan dirinya sedang sakit tenat yang dimuat naik di Facebook, Man Bai menafikan lelaki tersebut adalah dirinya.
“Itu bukan saya. Kelakar apabila melihat gambar itu kerana dia mirip saya dan gambar itu diambil dari sisi tepi. Saya memang pernah masuk hospital tapi hanya mendapatkan rawatan kecil sahaja,” katanya.
Terdahulu, seorang individu melalui satu muat naik menanyakan kesahihan kematian Man Bai laman di laman Facebook peribadi milik penyanyi itu, kelmarin. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz4ZnfOfLya 
Hakcipta terpelihara 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 4 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 7 hrs 9 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 7 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 7 hrs 50 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 8 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 9 hrs 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 9 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 10 hrs 18 mins ago