Translate

26 December 2016

Pengacara Awal Ashaari kini terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan akibat kecederaan semasa bermain luncur ais di Jepun

Terpaksa Berjalan Guna Tongkat

..
Pengacara Awal Ashaari kini terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan akibat kecederaan di bahagian ligamen (ACL) lutut kanannya yang dialami selepas terjatuh ketika bermain luncur ais di Sapporo, Jepun minggu lalu.
Kejadian itu berlaku ketika Awal, 35, bercuti bersama keluarganya di negara itu.
Memetik laporan Harian Metro, Awal bagaimanapun terpaksa menangguhkan pembedahan disebabkan beberapa komitmen kerja yang sudah dipersetujui terlebih dahulu.
"Selepas pulang dari bercuti, saya membuat membuat pemeriksaan di dua hospital berbeza di sini. Hasil pemeriksaan terdapat kesan koyak pada bahagian ACL lutut kanan. Jadi doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan.
"Namun disebabkan saya terikat dengan beberapa komitmen kerja pada awal tahun depan, saya menangguhkan dahulu pembedahan itu. Buat masa sekarang, saya perlu menggunakan tongkat untuk berjalan," katanya
Awal yang juga pengacara Melodi berkata, dia juga boleh sekiranya tidak mahu melakukan pembedahan tetapi kecederaan itu mengambil masa untuk pulih.
"Seboleh-bolehnya saya disarankan untuk melakukan pembedahan juga. Kalau tak nak pun boleh, tapi akan ambil masa untuk pulih sepenuhnya," katanya.
Menurut Awal, doktor juga menasihatinya supaya tidak melakukan aktiviti berat atau bersukan seperti berlari dalam jarak jauh.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PM ketika itu buat keputusan sembunyi-sembunyi men' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Witness hears screams, suspect flees with machete,' 3 hrs 26 mins ago