Translate

19 May 2016

Video Lelaki dayus yang sanggup menendang wanita dipercayai isterinya yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua menjadi viral.

Video Lelaki Tendang Isteri Dalam Pantang Jadi Viral, Mangsa Enggan Buat Laporan



Kuantan: Rakaman video seorang lelaki dayus yang sanggup menendang seorang wanita yang dipercayai isterinya yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua menjadi viral.

Kejadian itu dilihat berlaku di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang di sini.

Dalam kejadian yang berlaku antara pukul 4-5 petang itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an bertindak demikian selepas tidak berpuas ahti dengan isteri.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila suami mangsa yang berada di depan premis membaling bakul plastik ke arahnya sebelum masuk dan menendang pinggang wanita berkenaan hingga mengakibatkan lelaki itu turut terjatuh kerana terpijak baju di atas lantai.

Selepas itu, kelihatan anak mangsa datang memeluk ibunya yang dilihat sedang menahan sakit di bahagian punggung.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis sudah bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan mengambil keterangan daripadanya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

Saya sudah tonton video yang berdurasi selama seminit itu dan melihat sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Beliau berkata, polis tidak dapat memastikan punca kejadian itu dan akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan suami mangsa mendapat hukuman atas perbuatan dilakukan. - Siakapkeli.my

S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED