Translate

20 January 2016

"Mak, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?," Tanya Nuraisyah Kepada Ibu



SUNGAI PANJANG: Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan seorang pelajar perempuan di mana dia telah kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas digilis oleh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak selepas pelajar tersebut dikatakan jatuh atas jalanraya kerana dihimpit sebuah kereta jenis Produa Kancil.

Kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan pelajar berkenaan dan mereka mahu pihak yang terlibat dihukum dengan setimpalnya.

Selepas kemalangan, kereta jenis Produa Kancil berkenaan telah melarikan diri manakala pemandu lori tanah tersebut dikatakan telah membuat laporan polis Sabak Bernam.
Sumber Gambar: Huzaini Sahrin(abang mangsa)

Kami cuba menghubungi bapa tiri mangsa Roslan Bin Sardi, 40, di mana dimaklumkan bahawa Nuraisyah adalah anak tirinya yang telah dibela sejak kecil lagi.

Menurut Roslan, pagi ini anak tirinya itu bertanyakan kepada isterinya satu soalan yang agak susah untuk dijawab.

"Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?," soalan yang membuatkan isterinya, Maimunah Binti Md Razalli tidak dapat berkata apa.

"Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya sejak kecil lagi, dah macam anak sendiri"

"Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nursisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung," ceritanya ketika dihubungi oleh Siakapkeli.

Ketika ditanya apa yang sebenarnya terjadi dan salah siapa, beliau memberitahu bahawa kejadian ini adalah takdir.

"Nak salahkan driver pun benda dah jadi, apa yang terjadi adalah ketentuanNya untuk kejadian ini terjadi, kalau diikutkan kereta Kancil berkenaan memotong anak saya dan pemandu kereta Kancil itu brek mengejut membuatkan anak saya jatuh dan lori datang dari depan tidak sempat mengelak dan melanggar anak saya."

"Pihak polis semalam telah menghubungi saya dan mengesahkan pemandu lori dan membuat laporan di Balai Sabak Bernam dan pemandu kereta Kancil tersebut sudah menyerah diri di mana pemandunya adalah seorang wanita, dia melarikan diri(meneruskan perjalanan) kerana dikatakan terkejut dan terkedu," cerita Roslan lagi.

Memetik laporan Sinar Harian pula, seorang penduduk kampung yang sempat menyelamatkan mangsa, Jamalulail Md Alias, 52, menceritakan detik beliau apabila sampai ke tempat kejadian.

Selepas kejadian dia telah dimaklumkan oleh anaknya melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Beliau melahirkan rasa hiba apabila sampai ke lokasi kejadian di mana melihat banyak cebisan daging yang berselerakan di atas jalan dan mengutipnya.

"Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya." 

"Semasa saya sampai ke lokasi kejadian, saya melihat pihak perubatan sedang membarikan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil saya terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar."

"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, putus kedua-dua belah kaki dan dikatakan membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14 , yang hanya mengalami terseliuh kaki kiri dan kanan apabila tercampak ke tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.

Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi  Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Siakapkeli.my


KLANG: Ibu kepada pelajar SMK Bagan Terap, Siti Nuraisyah Shahrin, 13, meluahkan rasa pilunya dengan apa yang berlaku kepada anak perempuannya itu.

"Dia begitu berani. Tetapi sebagai seorang ibu, sukar untuk saya menjadi seorang yang tabah. Pedih hati saya melihat anak perempuan saya perlu melalui semua ini.

"Tidak ada ibu yang mahu anaknya menderita seperti ini. Hati saya hancur," kata Maimunah Md Razali, 48.

Kata Maimunah lagi, apa yang boleh dilakukan olehnya sekarang adalah berdoa agar Nuraisyah cepat sembuh dan dapat berjalan semula.

Pada Isnin lalu, Nuraisyah yang sedang menaiki motosikal terlibat di dalam satu kemalangan yang menyebabkan kedua-dua kakinya terputus dan hancur.

Di dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, sebuah Perodua Kancil dipercayai memotong motosikal mangsa dan menyebabkan Honda EX5 mangsa terbabas.

Siti Nuraisyah tercampak ke tengah jalan, manakala kakak tirinya, yang juga menaiki motosikal yang sama, tercampak ke bahu jalan.

Malang menimpa Nuraisyah apabila sebuah lori datang dari arah bertentangan dan melanggar kakinya.

Bapa tiri Nuraisyah, Roslan Sardi, 40, berkata dia dan keluarga baru sahaja berpindah ke kampung di Sabak Bernam dari Pelabuhan Klang pada pertengahanbulan Disember lalu kerana keperluan keluarga dan kerja.

"Saya memindahkan semua anak-anak saya ke sekolah rendah dan menengah di Sabak Bernam, dengan harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih tenang di kampung.

"Sekarang, saya menyesal dengan keputusan itu. Anak perempuan saya mungkin tak jadi seperti ini jika kami tinggal di tempat lama," kata Roslan sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut Roslan juga, kaki anaknya itu sudah tidak boleh disambung.

Kaki kirinya telah dipotong di bawah pergelangan kaki, manakala kaki kanannya telah dipotong di bawah lutut.

"Kami semua bersedia untuk menyokongnya sepanjang proses pemulihan dan saya mahu mendapatkannya sebuah kerusi roda dan kaki palsu untuk membantunya berjalan kaki dalam masa terdekat.

"Saya berharap dia dapat ke sekolah tidak lama lagi," katanya.

Dalam perkembangan kes yang sama, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh pemandu lori dan pemandu Perodua Kancil pada Selasa dan kenyataan mereka telah pun diambil.

Kenderaan-kenderaan yang terlibat telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED