Translate

10 November 2015

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican bakal bercerai dengan pelakon Sharifah Haslinda

Sharifah Haslinda Bakal Bercerai

..
Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.
Memetik laporan mStar online, sebutan perceraian itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pada petang Isnin.
Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Laporan menyebut, Haslinda bagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes itu.
Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED