Translate

22 November 2015

Lisa Surihani Berang Dengan Pihak Curi-curi Rakam Gambar Anaknya

Lisa Surihani Berang Dengan Pihak Curi-curi Rakam Gambar Anaknya





Sejak semalam, tersebar satu gambar Lisa Surihani bersama suami, Yusry dan anak mereka, Yahaira Leanne yang kemudiannya dimuatnaik di laman-laman sosial.

Bagaimanapun pelakon tersebut nampaknya kurang senang dengan penyebaran gambar tersebut memandangkan pernah memberitahu tidak akan mendedahkan anak mereka pada waktu ini.

“Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang gambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke?

“Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan? Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi.

“Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik. Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?” katanya memetik HLive. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED