MARIA dan kekasih pilihan hati akan berkahwin.
Rupa-rupanya, selepas episod rampas-merampas, ada kisah bahagia sedang menanti jelitawan Maria Farida. Seseorang memberitahu ke telinga Aida, Maria kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Oho, sudah mahu bernikah rupanya, sekejap benar bercinta ya. Moleklah tu.
Apa yang lebih seronok, khabarnya hari bahagia pelakon cantik ini juga akan berlangsung dalam waktu terdekat ini, beberapa hari sahaja lagi.
Menguatkan cerita Aida itu, Maria dikatakan sudah hadir ke mahkamah baru-baru ini, untuk urusan perkahwinannya itu. Pelakon jelita lagi langsing menawan ini ada membuat permohonan untuk keizinan berkahwin menggunakan wali hakim.
Calon suaminya, berpangkat Datuk dan sebelum ini adalah rakan baiknya sendiri.
Aida ada juga selidik sikit hubungan Maria dengan anak-anak bakal suaminya ini, katanya, memang bukan sahaja dia disenangi anak-anak bakal suaminya itu, tetapi juga keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan yang terjalin. Bagi Aida ini bukti, bahawa hubungan ini tidak sekadar berlandaskan wang atau status semata-mata bagai yang difitnah orang.
Pada pandangan Aida, Maria adalah seorang wanita yang berada dalam liga tersendiri. Kalau benarlah dia hanya kejar kekayaan, mungkin sudah lama dia berkahwin. Maklumlah, macam-macam orang mahu mendekat, tetapi dia ada pilihan tersendiri.
Nampaknya memang bertuah sungguhlah lelaki yang bakal bergelar suami Maria tu ya. Satu dalam sejuta, begitu. Sekian lama solo, dan cukup berdikari meneruskan hidup, Aida pasti ada yang istimewa mengenai lelaki ini sehingga mampu membuatkan Maria percaya untuk kembali menjadi isteri.
Semoga perkahwinan ini akan menjadi fasa terbaik dalam hidup bukan sahaja Maria, tetapi juga anak tunggal Maria yang kacak itu. Dapat ‘daddy’ baru lagi you