Translate

22 November 2015

Gara-gara berebut teman lelaki, empat pelajar perempuan tingkatan empat direman polis tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes buli

Polis berkata mangsa buli di di SMK Sematan menegur suspek yang keluar dengan teman lelakinya, lalu menyebabkan suspek berang. — Paparan skrin video YouTube






Polis berkata mangsa buli di di SMK Sematan menegur suspek yang keluar dengan teman lelakinya, lalu menyebabkan suspek berang. — Paparan skrin video YouTube
Berebut teman lelaki, pelajar buli rakan kena reman tiga hari 







LUNDU, 22 Nov — Gara-gara berebut teman lelaki, empat pelajar perempuan tingkatan empat direman polis tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Wong Chee Keong dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat sebagai rusuhan.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku akibat masalah teman lelaki. Mangsa menegur salah seorang suspek yang keluar dengan teman lelakinya, lalu menyebabkan suspek berang dan memukulnya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya seperti dipetik Kosmo! hari ini.
Rakaman video selama dua minit 52 saat yang tersebar di laman sosial baru-baru ini menunjukkan mangsa dikasari beberapa pelajar perempuan.
Selain ditampar, kepala pelajar perempuan itu juga dihentakkan ke dinding dan rambutnya ditarik sehingga jatuh.
Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna sosial dan mereka mahu tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan negeri diarahkan menyiasat kes berkenaan.
Katanya, kesemua terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan, melibatkan kumpulan pelajar yang dirakamkan dalam video itu dan pengetua sekolah.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/berebut-teman-lelaki-pelajar-buli-rakan-kena-reman-tiga-hari#sthash.RnlPWIlN.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED