Translate

26 November 2015

Datin Nina Juren Dedah Perbualan Dengan Peniaga Online Penipu Di Instagram


Bengang Ditipu : Datin Nina Juren Dedah Perbualan Dengan 

Peniaga Online Penipu Di Instagram

Beautifulnara,com
Tidak tahu hendak cakap bagaimana, semakin hari semakin banyak peniaga online yang bersifat tamak dan hendak menjadi kaya dengan melakukan penipuan terhadap pengguna. Mungkin kerana mereka tahu bahawa kes sebegini kurang mendapat perhatian ramai.
Baru-baru ini juga, Datin Nina Juren yang didakwa telah ditipu peniaga di Instagram telah memuat naik foto perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp selepas individu tersebut gagal untuk memulangkan kembali wang Nina Juren dan memberikan seribu satu alasan untuk menutup penipuannya.
Merasa geram dengan peniaga itu, Nina Juren telah menggelar penipu itu  “setan” .
Hurm, tidak dapat dinafikan tawaran oleh peniaga online terutama sekali di Instagram cukup menarik perhatian pembeli kerana ada produk yang tidak boleh dapat dengan harga yang murah di luar sana. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati dalam urusan jual beli dan periksa dahulu no akaun bank mereka di Google untuk mengetahui jika mereka terlibat dengan kes penipuan sebelum ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED