Translate

10 November 2015

Pelakon Ayda Jebat enggan Isu Guna Baju Lana Nodin Diperbesarkan

..
Beberapa hari lalu, pelakon Lana Nodin meluahkan rasa terkilan apabila busana yang digayakan pada majlis resepsinya yang berlangsung pada 15 Mei lalu telah diguna pakai oleh Ayda Jebat.
Isteri kepada Mohd Daud McKienzie ini juga melahirkan rasa kesal kerana baju pengantin yang disifatkan sangat istimewa buat dirinya itu sepatutnya digayakan di majlis hebat dan bukan hanya sekadar untuk program televisyen sahaja.
Memetik laporan Tonton Extra, Ayda mengakui mengetahui baju tersebut adalah baju pengantin Lana. Malah heroin Rindu Awak 200% ini memuji rekaan baju tersebut yang disifatkan sangat cantik bagaimanapun enggan memberi komen lanjut mengenai isu berkenaan.
Sebaliknya menjelaskan sebagai artis dia sangat menghargai setiap pereka yang mahu meminjamkan baju mereka untuk digayakan.
"Saya memang tahu itu baju yang pernah dipakai kak Lana ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik.
"Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay, jadi saya pun okaylah. Lagipun, waktu itu saya memang dah agak last minute mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen
“Kalau dia (Lana) rasa saya salah, biarkanlah. Bukannya saya tak terkejut dengan kenyataan pihak sana, cuma saya tak pasti di mana silapnya.
"Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju itu sendiri yang bagi saya pakai.
“Sebenarnya tidak (perlu berhati-hati) kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tapi mereka tidak cakap apa-apapun. Bagi saya, tak perlu perbesarkan isu yang kecil,” kata Ayda.
Difahamkan, busana rekaan pereka fesyen Aitelia Amani itu dipakai oleh pelakon drama ‘Rindu Awak 200%’ tersebut sewaktu menjayakan satu rakaman iklan bagi program ‘Juara Parodi’ di Astro.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED