Translate

20 November 2015

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 15 bulan maut selepas dia dan ibu saudaranya terbabit dalam satu kemalangan semasa melintas

 Tragedi Lintas Jalan, Bayi 15 Bulan Didukung Ibu Saudara Maut Selepas Dirempuh Lori 3 Tan




JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 15 bulan maut selepas dia dan ibu saudaranya terbabit dalam satu kemalangan semasa melintas jalan berhampiran PPR Sri Stulang di Jalan Bakar Batu-Permas di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, semasa kejadian kira-kira jam 10 pagi, Mohammad Qayyum Mohd Saffari dipercayai didukung oleh makciknya, Suhaila Shaharudin, 41, yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya Lembam telah melintas jalan sebelum dilanggar lori seberat tiga tan

Kerana rempuhan berkenaan, mangsa tercampak jatuh dan maut dilokasi kejadian kerana cedera parah di kepala manakala Suhaila yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Seorang ahli keluarga mangsa ketika ditemui di Unit Forensik HSA di sini, memberitahu mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik. Jenazah dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini. - Siakapkeli.my



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 16 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 47 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 4 hrs 29 mins ago