Translate

03 November 2015

Pertelagahan Maria Farida dan Karen Rahman meletop di Siaran Melodi TV3



Minggu lepas, Maria Farida didakwa oleh satu laman gosip sebagai perampas suami dan peruntuh rumahtangga pengasas KR Beauty Care iaitu Karen Rahman. Menurut gosip itu Maria turut menggunakan ayat guna-guna (mandrem) untuk mendapatkan lelaki berkenaan. Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria telah merampas suaminya.






 
Penjelasan Dato Abdul Rahman Shakor Bekas Suami Karen Rahman di siaran Melodi TV3
,

Semalam, Melodi TV3 telah menemubual Maria Farida dengan anak-anak Karen untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari mereka. Maria mengakui dia dan bekas suami Karen sedang menjalinkan hubungan. Apabila ditanya mengapa dia membiarkan dirinya dituduh merampas suami Karen kerana duit dan gilakan harta, dia menafikannya:-




Penjelasan Maria Farida di Melodi TV3


Kerana saya tahu ia tak benar. Saya bekerja dah 25 tahun. Saya boleh survive. Saya boleh besarkan anak dengan duit hasil penggambaran sahaja. Jika saya nak kaya-raya, dah lama saya kahwin. Saya mencari seseorang yang boleh betul-betul sayang saya kerana diri saya yang sebenar.

Saya dah terfikir bahawa orang ramai akan menyalahkan saya. Mereka bercerai, saya tiada kena-mengena. Saya tidak rampas suami sesiapa. Orang yang tuduh saya itu sudah dua kali cerai. Dia saja nak burukkan nama saya.

Dia mendakwa saya yang mengganggu dan hancurkan rumahtangganya. Itu tidak benar. Dia kata saya berhubung dengan suaminya. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka berdua kerana kami memang rapat sejak dua tahun lepas termasuk dengan anak-anaknya. Suaminya ialah majikan saya (Maria ialah bekas duta produk keluaran Karen Rahman dan bekas suaminya).

Ikuti komen-komen dari anak-anak perempuan Karen Rahman tentang ibu mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Maria turut menafikan bahawa dia mengatur langkah untuk menghubungi bekas suami Karen dengan niat jahat:-


Saya berhubung dengan dia dan suaminya ialah kerana dia sendiri menyuruh saya hubungi dia tentang pengesahan kontrak. Saya keluar masuk ke rumahnya kerana dia yang menjemput. Sebagai duta, saya kena dengar cakapnya.

Saya berhenti menjadi duta produk itu pada Ramadan lepas kerana dia berhenti membayar untuk perkhidmatan saya dengan alasan hasil jualan tidak memberangsangkan, padahal sebenarnya jualan meningkat. Dan saya tidak saman dia, tidak ambil apa-apa tindakan.

Semasa saya keluar dari syarikat itu mereka memang sudah bermasalah dan bergaduh. Saya tinggalkan mereka dan saya tak tahu apa-apa. Kalau dia teraniaya kenapa keempat-empat suami ceraikan dia? Saya lagi yang jahat kah?

Dia yang hentam saya di Facebook dan Instagram, telefon saya setiap hari, mesej, maki hamun semua, ugut saya melalui anak-anak, sampai nak simbah asid ke muka saya, nak upah orang tembak saya, langgar saya dengan kereta. Dan baru baru ini kereta saya kena simbah dengan cat merah. Saya dah beberapa kali membuat laporan polis. Tetapi, saya masih tak mengambil apa-apa tindakan kerana saya tak mahu perkara ini berlarutan.


Ketika ditanya sama ada Maria tidak memberikan peluang untuk Karen berbaik dengan bekas suaminya, pelakon jelita itu memberitahu:-


Saya dah tanya, mereka kata tidak, mereka tak mahu Papa dan Mamanya kembali bersama. Saya dah cakap, kenapa tak tengok, mungkin mereka boleh bersama semula supaya saya boleh pergi dari hidup mereka.

Anak perempuan Karen yang bernama Anis menceritakan perangai sebenar ibunya:-

Kak Maria tidak pernah suruh atau hasut Anis untuk buat apa-apa kenyataan sebagai anak yang dia tak pernah peduli. Dia lahirkan Anis dan tinggalkan Anis kepada keluarga nenek sebelah Papa. Dia kembali semasa Anis berumur 21 tahun. Memang dia jaga (Anis) elok-elok untuk kawan-kawan dia tengok. Tapi jika di rumah dia maki hamun sampai dia paksa Anis kahwin dengan pilihannya sendiri. Setelah dua bulan, Anis mengandung dan bekas suami Anis tidak serasi dengan mak Anis kerana mak mengajak Anis keluar untuk berseronok di kelab malam. Bekas suami Anis dihalau dari rumah dan Anis diberi dua pilihan. Gugurkan anak dan kembali pada emak atau ikut suami. Tetapi Anis memilih suami Anis. Setelah ada Danish (anak Anis), Anis balik berjumpa emak kerana rindu.

Semasa Anis dalam pantang, Anis dengar dia (emak) kena tangkap basah. Papa beri dia peluang untuk berubah. Setelah dua tahun, dia kembali keluar malam, masih berhubung dengan lelaki yang ditangkap basah dengannya. Tahun lepas dia paksa Anis bekerja yang tak elok, melayan ******. Itu emak ke? Papa dan emak bukan tak mampu jaga Anis.

Anis tidak buat seperti permintaannya, tetapi Anis dihalau dari rumah. Kemudian pembantu rumahnya lari, baru Anis dipanggil balik ke rumah kerana tiada siapa yang hendak menjaga adik-adik. Habis bekerja, Anis terpaksa bergegas balik rumah untuk memasak buat adik-adik. Mereka telefon saya di pejabat beritahu mereka lapar dan tiada apa untuk dimakan. Papa kata mengapa adik tidak tanya pada emak, mereka jawab emak ada dalam bilik tak henti-henti bermain telefon.

Nenek telefon Anis beritahu tentang betapa teruknya dia layan emak dia sendiri. Nenek yang tak sihat tu kena **** dekat rumah, nenek sendiri mengaku dia dah habiskan beribu untuk ****kan Papa, tetapi nak bagi nenek dua ratus untuk beli ubat tiada duit.

Apabila ditanya oleh Michelle Melodi kepada kedua-dua orang anak Karen iaitu Anis dan seorang lagi masih kanak-kanak sama ada mahu Papa dan Mommynya kembali bersama, keduanya mengatakan tidak. Yang kanak-kanak mengatakan dia memilih Auntie Maria Farida dengan Papanya:-


Kerana Mommy marah dan bergaduh dengan Papa. Mommy saya tipu dan adik beradik saya juga disuruh menipu Papa jika tidak kami akan dimarahi.

Anis memberitahu:-


Papa tak gembira bersama emak Anis. Mommy layan Papa teruk, tak jaga makan minum Papa, tak hormat Papa. Anis tak salahkan kak Maria kalau kak Maria boleh jaga Papa. Kak Maria bukan perampas.

Apa pula agaknya respon Karen Rahman dengan kenyataan ini yang jelas menunjukkan semua yang terjadi adalah salah dirinya sendiri. Nantikan!


Namun begitu Maria memberitahu dia amat terkesan apabila anak lelakinya turut diheret dan dikutuk oleh orang ramai. Dengan sebak, dia menjelaskan:-


Perkara yang menyakitkan saya ialah apabila ia melibatkan ahli keluarga saya. Macam mana pun orang hentam saya, saya boleh terima tetapi bila ia memberi kesan pada keluarga saya, ia melukakan hati saya.

Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu saya pun ada tanya sama ada saya pasti yang saya mahu teruskan perhubungan (dengan bekas suami Karen). Saya kata, ya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. dia boleh jaga saya dan anak saya. Kalau jodoh saya dengan dia, saya terima. Kutuklah macam mana pun, kamu semua tak tahu cerita yang sebenar.

Kadang kala masalah orang lain sebenarnya lebih kompleks dari apa yang kita ketahui dan boleh ketahui. Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu apa sebenarnya yang telah atau sedang berlaku. Kita ikuti apa penjelasan dari Karen Rahman berhubung perkara ini dalam entri kami yang seterusnya.

Untitled.png


Semakin rumit dan hangat kisah tuduhan merampas suami lebih-lebih lagi apabila masing-masing saling menyalahkan dan berani untuk mengeluarkan kenyataan sebenar. Sebelum ini pelakon Maria Farida telah menjawab segala kutukan dan tohmahan yang dilemparkan atas fitnah merampas suami teman baiknya sendiri.

Menerusi rancangan Melodi di TV3, isu panas ini akhirnya dijelaskan sendiri untuk pemahaman semua oleh Maria Farida dan anak-anak Karen Rahman serta bekas suami. Sangat mengejutkan apabila semuanya dibongkar satu demi satu Kisah Maria Farida Rampas Suami Kawan Baik Memang PANAS!.

Bayangkan seorang anak menceritakan segala keburukan seorang ibu namun, tidak hanya berdiam diri Karen Rahman akhirnya menyatakan semua itu adalah tipu dusta semata-mata. Betul ke atau saje nak bela diri? Kalau nak diikutkan cerita, hubungan suami isteri dan keluarga Karen Rahman ni memang bermasalah malah anak-anak turut menyebelahi Maria Farida. Nak tahu apa jawapan yang diberikan oleh Karen Rahman tak?

karen-rahman.jpg?resize=620%2C620
Buat masa ini saya tak nak jawab apa-apa sebab peguam saya beritahu suruh saya berdiam diri sebab saya tak nak benda ni mengganggu. Memang saya nak jawab tapi peguam saya kata biar dulu sebab saya dalam proses untuk saman Maria.
Ada beberapa isu yang kereta dia buat laporan keretanya disimbah cat. Dia sebut nama saya di balai dan ia menyusahkan saya. Saya tidak buat benda itu jadi saya akan mengambil tindakan mahkamah untuk saman fitnah terhadap dia. Saya memang hendak mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala tuduhan untuk memperbetulkan apa yang dia cakap sebenarnya tipu. Dia tu memang penipu. Dia memang mengganggu rumahtangga saya dan saya ada bukti yang kukuh.
Dia mengganggu rumahtangga saya sebelum terjadi pergaduhan antara saya dan suami. Saya benarkan perbualan ini dirakam dan disiarkan di Melodi. Dalam masa terdekat ini saya tak nak buat sidang media pun sebab saya dalam proses mahkamah.
Sementara itu, Karen Rahman turut mendedahkan Maria Farida sebenarnya memang terdesak inginkan seorang teman hidup yang kaya-raya namun tidak menyangka bekas suaminya yang menjadi pilihan.
Saya perhatikan saja sikapnya (Maria Farida) yang suka menggedik dengan bekas suami sejak kami mula berkawan lagi. Tetapi bekas suami saya tidak pernah melayan. Beliau bukan lelaki mata keranjang. Kadang saya terdengar mereka berbual, manja saja suaranya meminta bekas suami saya mencari lelaki kaya buat dirinya.
Saya pula jenis tidak pernah ambil peduli. Bagi saya, dia memang terdesak nak bersuami orang kaya. Bagaimanapun saya tidak sangka pula suami saya digoda dan dirampasnya, akuinya.
Karen juga mengakui sangat sedih dengan apa yang telah anak-anaknya lakukan walhal menurutnya, Karen telah cuba untuk menjaga rumah tangganya dengan baik dan ia memang diakui sendiri oleh teman-temannya.
Saya sedih mempunyai anak yang tidak mengenang budi. Biarlah Tuhan membalas perbuatannya kerana sanggup memburukkan saya sebagai ibu kandung yang melahir dan membesarkannya. Bagaimanapun kuasa Tuhan, kekasih Shazleen sendiri menghubungi dan memberitahu saya, kenyataan memburukkan saya itu adalah pakatan bekas suami dan Maria. Shazleen hanya mengikut sahaja. Semua itu cerita rekaan mereka untuk menutup skanda mereka menuduh saya jahat pula.
Mungkin juga (Maria Farida cemburu). Saya tahu Maria selalu memburukkan saya pada teman-teman. Cerita itu sampai pada pengetahuan saya. Dia memfitnah kononnya saya penagih dadah, isteri yang tidak pandai menjaga suami, keluar rumah tanpa suami dan macam-macam lagi.
Tapi hakikatnya kawan-kawan saya tahu siapa saya. Bagaimana sempurnanya saya menjaga suami dan rumah tangga, terangnya.
MashaAllah sampai macam tu sekali memburukkan sahabat demi kepentingan diri sendiri. Sekarang keadaan semakin memeningkan, apa-apa pun nantikan kesudahan episod drama mereka. Kuasa Allah jangan dicabar, mereka yang salah tetap akan menerima balasannya kelak.



Apa kata Beautifulnara:

Tanyalah kepada wanita-wanita di luar sana, pasti ramai yang tidak akan menolak sekiranya dijodohkan dengan lelaki kaya. Namun sudah semestinya kekayaan tidak menjamin kebahagiaan jika si lelaki tidak mempunyai keimanan, ketegasan dan juga sifat kepimpinan selaku seorang suami. Pertelagahan di antara Karen Rahman dan Maria Farida kelihatan semakin memuncak, lebih-lebih apabila Karen mendakwa Maria memang terdesak mahu bersuamikan orang kaya menerusi Berita Harian semalam.


Karen Rahman juga memaklumkan dirinya telah menjaga bekas suaminya dengan begitu sempurna sepanjang perkahwinan mereka. Ternyata kenyataan ini jauh berbeza dengan apa yang diberitahu oleh anaknya sendiri, Shazleen Rahman baru-baru ini. Karen juga turut mendakwa kenyataan anaknya itu telah dibuat atas pakatan bekas suaminya dan Maria Farida. Kata Karen:-


Saya perhatikan saja sikapnya (Maria Farida) yang suka menggedik dengan bekas suami sejak kami mula berkawan lagi. Tetapi bekas suami saya tidak pernah melayan. Beliau bukan lelaki mata keranjang. Kadang saya terdengar mereka berbual, manja saja suaranya meminta bekas suami saya mencari lelaki kaya buat dirinya.

Saya pula jenis tidak pernah ambil peduli. Bagi saya, dia memang terdesak nak bersuami orang kaya. Bagaimanapun saya tidak sangka pula suami saya digoda dan dirampasnya.

Saya sedih mempunyai anak yang tidak mengenang budi. Biarlah Tuhan membalas perbuatannya kerana sanggup memburukkan saya sebagai ibu kandung yang melahir dan membesarkannya.

Bagaimanapun kuasa Tuhan, kekasih Shazleen sendiri menghubungi dan memberitahu saya, kenyataan memburukkan saya itu adalah pakatan bekas suami dan Maria. Shazleen hanya mengikut sahaja. Semua itu cerita rekaan mereka untuk menutup skanda mereka menuduh saya jahat pula.

Mungkin juga (Maria Farida cemburu). Saya tahu Maria selalu memburukkan saya pada teman-teman. Cerita itu sampai pada pengetahuan saya. Dia memfitnah kononnya saya penagih dadah, isteri y ang tidak pandai menjaga suami, keluar rumah tanpa suami dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya kawan-kawan saya tahu siapa saya. Bagaimana sempurnanya saya menjaga suami dan rumah tangga.



Daripada apa yang Abang Nara tonton di Melodi semalam, bukan sahaja anak kandung Karen Rahman muncul membuat kenyataan yang tidak menyebelahi dirinya, tetapi bekas suaminya juga turut sama memberikan kenyataan negatif tentang bekas isterinya itu. Malah Maria Farida juga telah tampil memaklumkan dirinya diugut oleh Karen. Sukar mahu mengetahui pihak mana yang bercakap benar. Namun Abang Nara percaya kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. Sama-sama kita nantikan bagaimana kisah ini akan berakhir kelak. Sumber Berita Harian.




kenyataan shazleen rahman


Sumber: Beautifulnara.com, berita harian, www.gossipmalaysia.com dan Melodi TV3

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED