Translate

09 November 2015

Kali ini pula perisa vape baru dihasilkan untuk meluahkan rasa tidak puas hati iaitu 'Uncle Maniam'


Perisa Vape Jenama "Uncle Maniam" Tanda Protes Kepada KKM




Nampaknya untuk melahirkan rasa tidak puas hati kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merampas perisa vape besar-besaran yang membuatkan pengusaha vape kerugian besar, pelbagai cara digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Jika sebelum ini video dihasilkan untuk meluahkan rasa tidak puas hati, kali ini pula perisa vape baru dihasilkan iaitu 'Uncle Maniam' yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Botol cecair perisa berkenaan ayng labelnya berwarna hita, yang tertera perkataan 'uncle maniam flava,most special produk' (Perisa Uncle Maniam... produk berperisa khas) dan 'unknown taste' (perisa tidak diketahui).

Pada botol cecair itu pula tertera gambar yang seiras Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam di mana nama singkatan Maniam itu seolah-olah nama menteri berkenaan.

Kewujudan perisa vape ini adalah salahs atu cara luahan vaper dengan tindakan KKM yang ternyata bagi mereka adalah keterlaluan kerana tiada garis panduan atau notis dikeluarkan sebaliknya KKM terus merampas barangan pengusaha kedai vape menyebabkan mereka yang baru berjinak-jinak berniaga kerugian besar. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED