Translate

20 November 2015

Bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson mengaku sudah bercerai.

Bapa Zahirah MacWilson Sahkan Sudah Bercerai

..
Tanda tanya mengenai konflik rumah tangga ibu bapa pelakon Zahirah MacWilson yang menjadi bualan hangat ramai sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila bapa aktres itu iaitu Zainol MacWilson mengaku sudah bercerai.
Memetik kenyataan di mStar online, Zainol, 56, mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan Maslinda Yusof, 41, pada 9 November lalu.
Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai penceraiannya itu dan menyifatkan hubungannya dengan bekas isteri mungkin sudah tiada jodoh.
"Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman.
"Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini," katanya.
Beberapa hari lalu, menerusi laman Instagram milik ibu Zahirah, mendedahkan dia sudah menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak.
Malah ada yang menghentam Zainol kononnya terdapat pihak ketiga yang menjadi punca penceraian tersebut.
Bagaimanapun Zainol menegaskan, punca penceraiannya itu langsung tiada kaitan dengan pihak ketiga dan diharap tiada pihak yang menuduh sebarangan tanpa usul periksa.
Sementara itu, ditanya adakah Zainol sudah serik untuk mendirikan rumah tangga lagi, katanya, dia bersifat terbuka untuk menerima seorang wanita yang berkenan di hatinya.

Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED