Translate

12 September 2015

Petaling Street Days of Selling Fake Goods May be Numbered .

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Hamzah Zainuddin warns Petaling Street traders that the image of the popular tourist attraction is at stake if they sell ingenuine goods.



cc\

2 of 2
Datuk Hamzah Zainuddin melihat barangan yang dijual di salah sebuah kedai di Petaling Street.
Datuk Hamzah Zainuddin melihat barangan yang dijual di salah sebuah kedai di Petaling Street.
Gagal meletakkan tanda harga dan menjual produk tiruan jenama antarabangsa pada harga yang mahal antara kesalahan yang paling ketara dilakukan oleh para peniaga di Petaling Street di sini.
Keadaan itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin tidak seharus terjadi kerana Petaling Street merupakan kawasan tumpuan pelancong, justeru amalan negatif itu boleh mencalar imej kawasan itu.
Hamzah yang melakukan walkabut di kawasan yang terkenal dengan jolokan China Town itu mendapati trend urusniaga di situ adalah dalam bentuk tawar menawar, bagaimanapun adalah dikesali apabila harga asal sesuatu barangan itu tidak diletakkan.
Katanya, hasil perbualannya dengan para peniaga juga mendapati mereka tahu dan faham peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, tetapi masih tidak berbuat demikian.
"Saya melawat kawasan ini yang merangkumi 500 kedai dan 773 penjaja mendapati perniagaan jual beli berlaku dalam bentuk tawar menawar tanpa label harga barang tersebut.
"Ketika ditanya, mereka mengaku memahami peraturan yangb perlu dipatuhi dan segala urusniaga berlaku dalam bentuk tawar menawar melibatkan pelawat tempatan serta pelancong asing.
"Cuma kita tidak mahu segala produk yang dibeli pelancong nanti membawa persepsi negatif atau tertipu dari segi harga dan nilai barang yang dibeli mereka di Petaling Street. Imej Petaling Street itu sendiri perlu dilindungi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas walkabout bersama kakitangan kementeriannya diiringi jawatankuasa persatuan penjaja di situ yang diketuai oleh Datuk Yang Say Tee.
Sehubungan dengan itu, Hamzah berkata, pihaknya akan duduk semeja dengan Jawatankuasa tertinggi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kuala Lumpur bagi mencari strategi terbaik supaya segala aktiviti urusniaga di situ menepati undang-undang.
Menurut beliau, mesyuarat yang dijangka sebelum Hari Raya AIdiladha itu akan berkongsi pendapat, cadangan serta merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaik untuk perniagaan di lokasi tumpuan pelancongan itu.
Hamzah berkata, kebanyakan produk tiruan menggunakan jenama popular seperti Adidas dijual pada harga yang mahal dan keadaan itu akan membawa imej buruk terhadap lokasi pelancongan.
Katanya, pelancong yang beliau temui gemar membeli belah di Petaling Street dan teruja untuk membawa balik cenderahati ke negara masing-masing.
Hamzah turut ditanya aspek keselamatan peniaga yang merancang untuk bercuti sehari berikutan bimbang Himpunan Baju Merah akan mengganggu perniagaan mereka.
Katanya, peniaga mahupun pengunjung tidak mempunyai sebab untuk takutkan keselamatan jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan atau bertindak menyalahi undang-undang .
"Kamu teruskan perniagan harian seperti sekarang, mungkin mereka (baju merah) boleh mengambil kesempatan berkunjung secara aman dan membeli belah di sini sekiranya melintas kawasan ini pada hari tersebut," katanya.- MalaysiaGazette

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED