Translate

24 February 2015

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z750 maut selepas merempuh kereta di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating,

‘Biker’ Maut Rempuh Kereta Buat Pusingan Tiba-Tiba



KUANTAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z750 maut selepas merempuh kereta di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, dekat sini, 7.30 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Arusairy Mohamed Nordin, 39, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman, Terengganu, sebelum terbabit kemalangan itu.

Menurut saksi kejadian, ketika mangsa tiba di lokasi berkenaan dia gagal mengelak kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U.

Akibatnya, mangsa merempuh kenderaan itu sebelum tercampak ke tengah jalan dan dia disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Komisioner Zainalabidin Othman mengesahkan kejadian. – Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Disney Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah | B' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan pecah pintu bangunan MPTI | BEST FB' 23 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 31 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 31 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Disney Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah | B' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lebih 70 pengikut Falun Gong didakwa ditahan polis' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 42 mins ago