Translate

25 February 2015

Kecoh Bekas Ketua Polis Negara Kononnya Ditangkap Khalwat ?




SHAH ALAM – “Saya terima banyak panggilan telefon tanya ayah!” kata anak sulung kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Muhammad Amsyari.

Dia berkata demikian selepas Mahkamah Syariah Gombak Timur hari ini menjadi tumpuan media apabila nama seorang individu Ismail Omar terpampang di papan kenyataan mahkamah serupa nama bapanya menghadapi pertuduhan khalwat.

Pada mulanya, dia berasa pelik kenapa panggilan begitu bertalu-talu tanyakan di mana ayah.

“Ada rakan media, ada juga saudara mara. Apabila saya tanya kenapa?.. pada mulanya mereka ‘agak’ malu menjelaskan sebab tanya di mana ayah, kemudiannya salah seorang lagi kata nama ayah ada di mahkamah syariah.

“Adakah benar Tan Sri kena tangkap khalwat? Kami sedang tunggu di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Muhammad Amsyari berkata, ayahnya kini berada di Paris kerana masih lagi Duta Besar Malaysia ke Perancis selepas menerima watikah lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 13 September 2013 lalu.

Ismail merupakan Ketua Polis Negara ke sembilan yang bersara wajib pada 17 Mei 2013 selepas menggantikan Tan Sri Musa Hassan.

Kini jawatan berkenaan disandang Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu, Ismail ketika dihubungi Sinar Online dari Perancis hanya ketawa apabila mendapat tahu berita itu.

Katanya, bukan beliau yang dimaksudkan.

“Itu orang lain, bukan saya,” katanya.

(Petikan: Sinar Harian Online)
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 5 hrs 3 mins ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelik! Kontrak Azam Baki Disambung Kali Ketiga-Tua' 6 hrs 18 mins ago