Translate

23 August 2014

ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH TRAGEDI MH17 - FULL VIDEO (MALAYSIA MOURNS AS BODIES OF FIRST 20 VICTIMS OF MH17 PLANE CRASH VICTIMS BROUGHT HOME & GIVEN FULL MILITARY HONORS.)




ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH TRAGEDI MH 17 [ 22 Ogos 2014]


Pukul 9.54 pagi, detik yang ditunggu saat pesawat khas boeing 747 MH6129, membawa kumpulan pertama 20 jenazah tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, Sepang. 


Pesawat MH6129 berlepas dari Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam pukul 9.40 malam tadi, waktu Malaysia, membawa kumpulan pertama jenazah warga Malaysia. 

Penerbangan dikendalikan Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Datuk Kapten Misman Leham, diiringi Kapten Bakri Othman, Kapten Zaim Khalid dan Pegawai Pertama Yap Yoon Kong. 

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menyambut ketibaan kumpulan pertama 20 jenazah ini. 

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. 

Istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 juga dihadiri barisan menteri Kabinet, anggota parlimen, diplomat asing dan waris mangsa. 

Pesawat khas ini membawa 11 jenazah beragama Islam dan 9 bukan Islam yang terdiri daripada 11 penumpang dan 9 anak kapal. 

Istiadat dibantu Bridget ke 12 infantri Malaysia, dengan kekuatan 4 ratus 72 anggota. 

Malaysian Army soldiers carry a coffin containing one of the bodies of the downed MH17 flight upon arrival at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Friday, 22 August 2014

Keranda jenazah Mastura Mustafa dan Ahmad Hakimi Hanapi yang pertama diturunkan daripada pesawat khas MAS, Boeing 747-F oleh kumpulan pengusung yang terdiri daripada 8 anggota

Selesai kesemua 20 jenazah dibawa keluar daripada pesawat khas, PENGUMUMAN secara langsung menerusi radio dan televisyen, dibuat agar seluruh negara bertafakur selama seminit. 

10.55 pagi tadi, merupakan detik seluruh negara bertafakur selama seminit.


rtm

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 8 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 43 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 8 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 46 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 9 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 9 hrs 58 mins ago