Pengarah 'The Journey' Paksa Aktor Australia Ikut Budaya Malaysia
- Details
- Published on Saturday, 01 March 2014 13:00
PENGARAH filem yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam tanah air, 'The Journey', Chiu Keng Guan, sengaja memilih pemuda dari Australia, Ben Andrew Pfeiffer bagi melakonkan watak pemuda berbangsa Inggeris bernama Benji, dalam filem arahannya.
Menurut Chiu, Ben sangat sesuai menjayakan watak itu memandangkan pemuda itu tidak pernah datang ke Malaysia. Sekaligus tidak tahu langsung mengenai budaya masyarakat di Malaysia terutama masyarakat Cina. Ini memudahkannya untuk mengarah Ben dan menjadikan lakonan pelakon yang dipilih menerusi ujibakat secara online itu nampak lebih natural.
"Untuk watak Benji saya memang tak mahu ambil pelakon berbangsa Inggeris tempatan. Sebab mereka sudah tahu budaya Malaysia. Jadi saya nak cari orang walaupun tak dikenali tapi dia boleh berlakon dan tidak tahu tentang budaya Malaysia.
"Kita adakan ujibakat menerusi online. Dan Ben menunjukkan minat. Selepas membuat penilaian, kita terbangkan dia ke sini. Bila saya jumpa dia, soalan pertama yang saya tanya pada dia, kalau dia nak kahwin dan keluarga isteri dia nak hantar kad undangan secara tradisional, apa pendapat dia? Dia jawab, kenapa perlu bersusah payah. Kenapa tidak hantar saja melalui pos atau email. Dari situ saya yakin dia lah pelakon yang saya cari.
"Dan sepanjang di set penggambaran, saya asyik gelakkan dia saja kerana dia kekok dan terkejut dengan serba-serbi tentang budaya di sini. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, kami adakan dulu penggambaran Cameron Highlands. Sepekara yang lucu, dia sangat terkejut kerana tandas di rumah kampung tidak seperti tanda di kawasan yang lebih moden.
"Saya tahu banyak konflik yang dalam diri dia sepanjang berada di sini. Tapi itu yang saya mahukan. Dan suka tidak suka, dia perlu berlakon mendalami budaya Malaysia dan menghayati wataknya sepanjang penggambaran", katanya Chhiu dengan panjang lebar ketika ditemui pada malam tayangan 'The Journey' bersama media, bertempat di Pavillion, kelmarin.
Begitu juga dengan pemilihan pelakon lain seperti Joanne Yew (Ratu Cantik Astro Antarabanga 2007), dan seorang persara, Frankie Lee, 74 yang membawakan watak masing-masing dengan jujur dan penghayatan mereka dapat diyakini dapat menyentuh perasaan para penonton.
"Kami juga buat ujibakat di sekolah dan di pusat memeli belah untuk mencari pelakon tambahan. Disebabkan mereka bukan seorang pelakon tetapi secara tidak langsung mereka dapat memberikan satu lakonan yang jujur, natural dan menyentuh perasaan", katanya lagi.
The Journey merupakan filem ketiga daripada trilogi arahan Chiu, selepas filem Woohoo! (2010) dan Great Day (2011). Kedua-dua filem ini juga mendapat kutipan yang tinggi di pawagam tempatan.
Belon Udara Gergasi 80 Kaki Persegi
Sementara itu ditaya mengenai cabaran sepanjang penggambaran, Chiu berkata babak paling sukar ialah menghasilkan belon udara bersaiz 80 kaki persegi. Proses membuat belon itu sahaja memakan selama seminggu dan babak itu dijalankan selama tiga hari.
Sementara itu ditaya mengenai cabaran sepanjang penggambaran, Chiu berkata babak paling sukar ialah menghasilkan belon udara bersaiz 80 kaki persegi. Proses membuat belon itu sahaja memakan selama seminggu dan babak itu dijalankan selama tiga hari.
"Bahagian paling susah, ialah buat belon udara. Mulanya kita cuba saiz 8 kaki, 17 kaki, 20 kaki dan akhirnya 80 kaki. Itu belum kira belo pecah, beberapa kali. Tapi sepanjang proses tu orang mendapat bantuan dari orang kampung di situ. Kami minta mereka sumbangkan beg plastik.
"Bila siap, paling teruja bila kita nak terbangkan belon itu. Kita perlu tunggu pula waktu yang betul-betul sesuai. Akhirnya kita berjaya terbangkan belon itu tanpa menggunakan gas sebaliknya hanya dengan pancaran cahaya matahari.
Selain itu, semasa penggambaran di Sabah untuk babak Bee menyelam. Penggambaran untuk babak itu saja mengambil masa selama 8 jam sedangkan shot yang dipaparkan dalam hanyalah 8 saat", tuturnya.
Dalam pada itu, menurut Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Pillai, sejak ditayangkan pada 26 Februari 2014, sehingga kini The Journey telah mencapai kutipan tertinggi sebanyak 13.5 juta. Sekaligus The Journey menjadi filem nombor 1 tempatan setakat ini.
"Kita sangat gembira dan memang tak sangka sambutan begitu hangat terhadap filem ini. Kita sasarankan untuk selebih tayangan yang akan datang hingga hari terakhir, kami sekurang-kurangnya berjaya memperolei kutipan 14.5 juta.
"Filem ini juga akan dipertontonkan di Festival Filem di Hong Kong yang berlangsung pada 24 hingga 27 Mac 2014. Selain iai akan di tayangkan di Singapura pada Mac ini juga bakal di bawa ke Taiwan, dalam tahun ini", kata Gayatri.
Filem ini mengambil masa penggambaran selama 40 hari dalam masa empat bulan dan menjalani penggambaran di sekitar Cameron Highlands, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Sabah.
The Journey berkisar seorang bapa yang konservatif yang berat hati membenarkan anaknya berjahwin dengan bangsa asing. Filem terbitan Astro Shaw ini memaparkan konsep kekeluargaan, satu tema universal yang relevan dalam semua budaya tanpa mengira latar belakang.
- mD